Tuesday, 27 November 2018

[Video MP Baling beri keterangan babitkan KES RASUAH] IGP boleh isytihar perintah berkurung, kata Musa Hassan & Exco Selangor Ganabatirau sedia mohon maaf jika perlu?

Selasa, 27 November 2018

IGP boleh isytihar perintah berkurung, kata Musa Hassan

Bekas Ketua Polis Negara Musa Hassan, percaya untuk mengelakkan rusuhan yang sudah berlarutan dua malam di Kuil Sri Mariamman Seafield, Subang Jaya daripada menjadi tidak terkawal, Majlis Keselamatan Negara harus mengisytiharkan perintah berkurung.
Tujuannya kata Musa, adalah bagi memastikan ketenteraman awam kembali wujud di kawasan itu kerana langkah berkenaan berkesan dalam menangani kejadian berkenaan.
“Ya, polis kena tegas dan tindakan tidak kira pihak mana. Polis presence atau keberadaan anggota polis harus wujud di kawasan berkenaan. Boleh letak Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) atau apa-apa unit.
“Ketua Polis Negeri (Selangor) boleh isytihar perintah berkurung supaya ketenteraman tidak tergugat dan kemudian maklumkan kepada kerajaan negeri,” katanya yang dipetik oleh Utusan Malaysia.

Ganabatirau sedia mohon maaf jika perlu

Exco Selangor V Ganabatirau berkata beliau sedia membuat permohonan maaf berhubung kenyataannya sebelum ini jika ia boleh meredakan ketegangan berhubung isu kuil Sri Maha Mariamman di USJ 25, Putra Heights, Subang Jaya.
"Kalau itu yang diperlukan dan diutamakan, saya sanggup mohon maaf," katanya ketika ditemui di Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor, di Shah Alam, hari ini.
Bagaimanapun Anggota Dewan Undangan Negeri Kota Kemuning itu berkata kenyataan yang dibuatnya di media sosial sebelum ini berdasarkan apa yang diketahuinya.
Kata Ganabatirau ada sekumpulan orang masuk ke pekarangan kuil berkenaan kira-kira jam 2 atau 3 pagi sambil melaungkan "perkataan Arab."
"Anda perlu faham seperti yang saya nyatakan tadi, golongan ini masuk dalam kawasan pekarangan dalam kuil jam 2 hingga 3 pagi dan nampak ratusan orang dengan bersorak dengan laungan perkataan Arab.
"Tapi kalau permohonan maaf ini akan tenangkan semua pihak saya akan mohon maaf," katanya.
Ganabatirau pada semalam menggunakan Facebook untuk menyatakan pandangannya berhubung kekecohan di kuil berkenaan.
Katanya terdapat sekumpulan orang Islam terlibat dalam insiden tersebut sebagai cubaan untuk mengganggu keharmonian kaum di negara ini.
Beliau bagaimanapun telah mengubah kenyataannya dalam laman sosial miliknya itu selepas mendapat kecaman daripada pelbagai pihak yang menyifatkan ia sebagai rasis.
Mk.

0 comments:

Post a comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena