Thursday 29 November 2018

[Video Deeeyyyy! Mahkamah Putuskan Pemaju One City Pemilik Sah Tapak Kuil] Mufti Kelantan gesa himpunan anti-Icerd tak diteruskan.

Jumaat, 30 November 2018

Image may contain: 1 person, text

Mufti Kelantan gesa himpunan anti-Icerd tak diteruskan

Mufti Kelantan Mohamad Shukri Mohamad menggesa himpunan kesyukuran terhadap penolakan Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (Icerd) yang dijadual 8 Disember ini tidak perlu diteruskan, memandangkan keadaan semasa yang agak tegang.
Beliau berkata penerusan himpunan itu hanya mengundang "hal yang tidak baik", selain kemungkinan ada pihak tidak bertanggungjawab akan mengambil kesempatan.
Walau tidak merujuk secara khusus, beliau dipercayai merujuk isu Kuil Sri Maha Mariamman di Subang Jaya yang bermula Isnin lalu.
"Dalam Islam sendiri jika kita mahu melakukan sesuatu yang perlu pertimbangkan soal baik dan buruknya.
"Jika perkara yang ingin dilakukan itu lebih banyak keburukan (menimbulkan masalah) berbanding kebaikan, mengapa ingin diteruskan (perhimpunan Icerd)," katanya seperti dipetik NST.
Katanya lagi, rasa kesyukuran atas keputusan kerajaan tidak meratifikasi konvensyen PBB itu boleh diluahkan dengan cara lain, seperti sembahyang hajat dan kesyukuran di masjid.
Himpunan itu atas kerjasama Umno dan PAS dan pada mulanya bermatlamat membantah hasrat kerajaan meratifikasinya.
Ia ditukar kepada 'himpunan kesyukuran' susulan keputusan kerajaan untuk tidak meneruskan hasrat itu.
Mk.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena