Friday 30 November 2018

[Video Cameron Highlands-Awal lagi. Kita akan pilih seorang calon] Umno, MIC tak diundang ke perhimpunan agung MCA.

Sabtu, 1 Disember 2018

Umno, MIC tak diundang ke perhimpunan agung MCA

Perhimpunan Agung MCA akan diadakan hujung minggu ini dengan menyaksikan beberapa perubahan yang ketara.
Buat kali pertama, pengerusi BN tidak akan berucap di perhimpunan itu. Malah, tiada jemputan kepada rakan sekutu mereka dalam BN.
Sebaliknya, Presiden MCA Liow Tiong Lai yang akan melepaskan jawatannya akan menyampaikan ucapan pembukaan.
Selain itu, satu lagi perubahan ketara ialah sesi perbahasan bagi sayap wanita dan pemuda akan diadakan secara tertutup.
"Bagi membolehkan perwakilan kami bebas menyuarakan pandangan, tanpa sekatan dan berkongsi perasaan mereka, kami membuat keputusan untuk mengadakan perbahasan secara tertutup," kata bakal presiden MCA Wee Ka Siong.
Perwakilan MCA dijangka berbahas tentang hala tuju parti itu, termasuk keputusan untuk kekal bersama BN atau meninggalkan gabungan itu.
Selain Umno dan MIC, MCA merupakan pengasas BN ketika menubuhkan Perikatan.
Parti itu kini berada di titik paling rendah dalam sejarah penubuhannya, dengan hanya mempunyai satu kerusi di parlimen dan dua kerusi dewan undangan negeri.
Mk.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena