Thursday 22 November 2018

[Video Hanipa 'BASUH' Tajuddin, PAS ''Soalan Tak Ada Moral'' Isu 1MDB, Rasuah Banglo LGE!] Tun M: SPRM siasat 'ANAK MENTERI' kes monopoli kontrak kementerian! Anak menteri mana ni? Cuba teka ANAK MENTERI MANA yg korang 'suspect'.

Jumaat, 23 November 2018
Foto Suara Rakyat.
Anak menteri mana ni..??.. Cuba teka ANAK MENTERI MANA yg korang 'suspect'. Tengoklah ayah DIA camner...

Jeng... Jeng... Jeng...
Pada hari Khamis setiap bulan mesti ada pendakwaan dibuat terhadap penyangak2 Melayu-Umno..
Sama-sama kita nantikan pendedahan SPRM tak lama lagi..

ANAK MENTERI MANA NI?

Dilaporkan bahawa SPRM ketika ini sedang menyiasat dakwaan berkaitan aktiviti sebuah kementerian dikawal oleh anak kepada menteri berkenaan.  

Kawalan anak menteri berkenaan dikatakan termasuk mempengaruhi pemberian tender kepada syarikat-syarikat yang dikehendakinya.

Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad sendiri mengesahkan perkara itu sedang disiasat oleh SPRM ketika ini.

Siapakah anak menteri berkenaan dan siapakah pula menteri yang tidak bertanggungjawab yang membiarkan anaknya berbuat demikian?

Kenapa dalam Pakatan Harapan masih ada perangai-perangai hodoh begini?

Tidakkah ini semua menyusahkan Tun Mahathir dan menghakis kepercayaan rakyat terhadap Pakatan Harapan?

Siapa pun menteri dan anak menteri yang berkaitan, jika hasil siasatan SPRM terbukti wujud kesalahan telah dilakukan, mereka haruslah diambil tindakan yang sewajarnya berlandaskan undang-undang.

Diharap Tun Mahathir tidak melindungi sesiapa di dalam kabinetnya yang didapati curang dan terbukti melakukan kesalahan.

Sebagaiman beberapa menteri era BN telah dibawa ke mahkamah kerana didapati ada bukti melakukan kesalahan, menteri-menteri Pakatan Harapan juga tidak harus dikecualikan daripada tindakan yang sama.

Malah kerajaan baru ini pasti akan lebih disanjung rakyat jika tidak bersikap pilih bulu dalam tindakannya menegakkan keadilan dan membongkar penyelewengan dalam kerajaan. (ShahbudinHusin 21/11/2018)

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena