Monday 26 November 2018

[Video Thousands gather near Seafield temple, FRU deployed] Terkini, JAUHI KAWASAN PROVOKASI! Kesesakan teruk di Lebuhraya LDP dari arah Puchong menghala Hicom/Plaza Tol USJ & Polis gesa orang ramai di sekitar kuil Seafield bersurai.

Selasa, 27 November 2018
Terkini..
JAUHI KAWASAN PROVOKASI.
Kesesakan teruk di Lebuhraya LDP dari arah Puchong menghala Hicom/Plaza Tol USJ. Kumpulan orang awam berkumpul laluan berhadapan Kuil Maha Mariamman USJ 25. Sila ikut laluan alternatif bagi mengelakkan kesesakan.
Foto Otai BERSIH.
Foto Otai BERSIH.

Polis gesa orang ramai di sekitar kuil Seafield bersurai

Polis menggesa kira-kira 2,000 individu yang berkumpul di sekitar kuil kuil Sri Maha Mariamman, USJ 25, Putra Heights di Subang Jaya malam ini bersurai.
Ketua Polis Negara Mohamad Fuzi Harun memaklumkan bahawa pihaknya akan mengadakan kawalan selama 24 jam di kawasan berkenaan.
Jelas Mohamad Fuzi, yang dipetik Bernama, berdasarkan maklumat awal yang diterima, terdapat ada pihak cuba menghasut dan menimbulkan provokasi.
“Saya menegaskan sekali lagi kepada mereka yang berkumpul di sana untuk tidak mengeruhkan lagi keadaan kerana kes ini masih dalam siasatan polis.
“Selain itu, kami dapat maklumat mereka ingin berkumpul di Ibu Pejabat Polis Daerah Subang Jaya untuk melakukan provokasi dan tindakan tegas akan diambil kepada mereka yang terlibat,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor malam ini.
Terdahulu, ribuan berkumpul berhampiran kuil Sri Maha Mariamman yang merupakan lokasi rusuhan yang terjadi awal pagi ini.
Kebanyakan yang hadir dalam keadaan tenang dapat dilihat sepanjang pinggir jalan, dengan trafik berhampiran bergerak perlahan.
Bagaimanapun beberapa individu dilihat membuat sekatan jalan dan mengganggu pengguna jalan raya.
Difahamkan Polis Simpanan Persekutuan (FRU) turut berada di kawasan berkenaan.
Dalam perkembangan sama, polis mengesahkan telah menahan 17 lelaki bagi membantu siasatan kejadian berkenaan, yang berlaku 2.30 pagi tadi yang menyebabkan kecederaan terhadap beberapa individu selain 18 kenderaan dan dua motosikal dirosakkan dan dibakar.
Terdahulu, Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Noor Rashid Ibrahim menjelaskan rusuhan berkenaan bukan melibatkan perbalahan antara kaum.
Beliau berkata siasatan awal mendapati ia dipercayai berpunca daripada proses pengambilan tanah di kawasan tersebut yang dikatakan dibuat dengan “cara yang kurang menyenangkan” antara pemilik tanah dan pihak kuil.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena