Tuesday, 27 November 2018

[Video US Subra on Seafield Maha Mariamman Temple Puchong] Bila ada api dan darah yang tumpah...

Rabu, 28 November 2018

Bila ada api dan darah yang tumpah... 
Related image
Insiden kekecohan dan merusuh di tapak kuil Mariamma di Subang Jaya yang boleh ditafsirkan dengan berbagai kelemahan pihak keselamatan, kurang cekap daripada para pihak berkuasa termasuk bertaraf menteri menanganinya sedikit sebanyak memberi gambaran kerajaan PH hari ini. 

Kejadian di Subang itu pertama kali berlaku di era kerajaan PH. Walaupun ia cuba digambarkan ia kejadian terpencil yang berlaku di kalangan masyarakat India, tetapi terjemahan secara umum memberi makna lain. 
Subang Jaya Sri Maha Marianmman Temple Riot - Car Overturn
Rusuhan membakar kenderaan dan sehingga mencederakan seorang anggota Bomba bukan kes kecil sebenarnya. Ada api dan ada darah yang menyala dan tumpah di tapak kuil itu. Ertinya insiden itu serius. 

Gambaran terhadap kerajaan PH yang diterjemah dari insiden itu sesuatu yang sangat negatif. Timbul beberapa pertanyaan kenapa rusuhan itu sampai dua kali berlaku? Tapak kuil itu katanya sudah dimuktamadkan oleh mahkamah tetapi kenapa harus menjadi pertikaian sehingga meletus rusuhan? Ini menimbulkan persoalan. 
Subang Jaya Sri Maha Marianmman Temple Riot - Cars Torched by Protesters
Dalam pada itu ada pula kecaman kepada pihak keselamatan (PDRM) yang dibuat sendiri oleh menteri. Kebetulan menteri yang membuat kenyataan itu seorang India. Di sini kurang bijaksana apa dilakukan menteri itu dan sekumpulan anggota kabinet yang menyertai kecaman itu. 

Yang saya dapat suluh dari kejadian ini ia adalah kelemahan, kurang tegas kerajaan dan kurang bijak menteri yang membuat kenyataan mengecam aparatnya sendiri. Ia memberi implikasi buruk. 

Kejadian di kuil itu pertama kali dan ia cukup mencermaskan. Tidak mustahil kalau kerajaan tidak cekap, tidak pantas tidak berani bertegas, terlalu toleransi dan tidak bijak pula melayani kejadian sebegitu ia berpotensi meruntuhkan kerajaan yang ada kini dengan isu yang menakutkan itu. Yang kita tidak mahu ia berlaku atas kesempatan dari kerajaan liberal dan toleransi. 

Insiden itu sama ada ia terkait langsung atau tidak dengan usaga damagekan kerajaan ia adalah sebagai testimoni kepada kredibiliti kerajaan PH?- MSO 
Tumpang sekole.

0 comments:

Post a comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena