Friday 16 November 2018

[Video RANTAU bukan medan untuk yg berhati tisu & Anwar Ibrahim: Teruskan Dialog ICERD] Anwar: Jangan terburu-buru meterai ICERD.

Sabtu, 17 November 2018

Anwar Ibrahim: Teruskan Dialog ICERD

Anwar: Jangan terburu-buru meterai Icerd

Kerajaan tidak perlu terburu-buru memeterai Konvensyen Antarabangsa mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (Icerd) kerana mengambil kira kebimbangan mengenai kedudukan Islam, Melayu dan bumiputera, kata pemimpin utama PKR, Anwar Ibrahim.
"Bagi saya kita tidak patut terlalu terburu-buru.
"Rakyat sekarang ini merasa cemas, apakah kedudukan Islam terjejas, Melayu, bumiputera dan juga bahasa.
"Padahal hal ini sudah termeterai sebagai suatu yang termaktub dalam perlembagaan yang tidak harus dirombak," katanya pada suatu hantaran video di Facebook.
Walaupun Anwar berkata Icerd suatu dokumen Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) yang mendukung keadilan tetapi menurut anggota parlimen Port Dickson itu pemeteriannya boleh menimbulkan keresahan dan "kemungkinan mencetuskan ketegangan kaum."
Tujuan baik tapi timbulkan kegelisahan
"Jadi pada pendapat saya, sementara Icerd itu tidak ada cacatnya kerana ia adalah satu dokumen yang mendukung keadilan dan menolak diskriminasi.
"Tetapi pelaksanaannya atau untuk kita meterai harus kita ambil kira, kebimbangan, keresahan dan kemungkinan mencetuskan ketegangan kaum.
"Jadi tujuannya baik tetapi pelaksanaannya itu menimbulkan satu lagi kegelisahan," jelas beliau.
Anwar yang menang presiden PKR tanpa bertanding menegaskan Icerd wajar ditangguhkan sementara diadakan dialog di kalangan akar umbi.
"Di dalam peringkat ini, di bawah Tun Mahathir (Mohamad) yang baru hendak membetulkan kepincangan sistem yang lama...
"Pada hemat saya, pada peringkat ini wajar ditangguhkan supaya diteruskan dengan perbincangan dan dialog ke akar umbi," katanya lagi.
Pada 8 November lalu, Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad menyuarakan keraguannya terhadap Icerd.
"Kita kena timbang sebab ada peruntukan-peruntukan yang tidak sesuai dengan negara kita," katanya kepada media ketika ditanya mengenai pendirian kerajaan mengenai konvensyen itu.
Sebelum ini, pada 30 Oktober lalu, Mahathir berkata kerajaan hanya akan meratifikasi Konvensyen Icerd selepas berbincang dengan semua kaum.
Pada September lalu, ketika hadir Persidangan Agung PBB yang ke-73, perdana menteri berkata Malaysia akan meratifikasi kesemua konvensyen antarabangsa mengenai hak asasi manusia selepas mengkajinya secara mendalam.
Mk.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena