Saturday 17 November 2018

[Video Tun M di Papua New Guinea] Runtuhnya Utusan, Runtuhlah Umno! DAPSY gesa PH tunai janji PTPTN & Kenyataan Pengerusi PTPTN (Wan Saiful) tak wajar.

Ahad, 18 November 2018
Image may contain: sky and outdoor
Runtuhnya Utusan, Runtuhlah Umno! 
Utusan Melayu sahkan penjualan tanah di Jalan Tiga dengan nilai RM18 juta dengan keluasan 4,715 meter persegi kepada Strong Skyhutch Sdn Bhd. Tanah di Jalan Tiga ini mula dibeli Utusan Melayu pada tahun 1979 dengan nilai RM813,191 sebelum dijual kepada Strong Skyhutch.
Tumpang sekole.

DAPSY gesa PH tunai janji PTPTN

Kerajaan Pakatan Harapan (PH) digesa menunaikan janji manifestonya berhubung penangguhan bayaran balik Pinjaman Tabung Pendidikan Tinggi Negara (PTPTN) walaupun keadaan ekonomi negara tidak memuaskan, tegas Setiausaha Antarabangsa Sosialis Muda DAP (DAPSY), Howard Lee.
Beliau mempersoalkan jika kerajaan menjadikan keadaan ekonomi sebagai alasan, mengapa janji berhubung pemansuhan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) tetap dilaksanakan.
“Sepatutnya janji bayaran balik PTPTN seperti yang tertera dalam Janji 100 Hari perlu dikekalkan dan dilaksanakan.
“Walaupun berdepan dengan keadaan ekonomi yang tidak memuaskan, kerajaan Pakatan Harapan perlu berpegang pada janji untuk golongan muda,” ujarnya.
PH dalam Manifesto 100 hari sebelum ini berjanji untuk membenarkan peminjam PTPTN yang memperoleh gaji di bawah RM4,000 untuk menangguhkan bayaran balik pinjaman mereka.
Bagaimanapun, baru-baru ini kerajaan menetapkan peminjam PTPTN yang mempunyai gaji lebih dari RM1,000, akan dikenakan potongan gaji sebanyak dua peratus hingga ke 15% bagi tujuan pembayaran balik hutang tersebut.
Kenyataan Pengerusi PTPTN tak wajar
Pengerusi PTPTN, Saudara Wan Saiful Wan Jan sebelum ini dilaporkan berkata membeli kereta baharu antara alasan peminjam PTPTN yang telah tamat pengajian memohon rayuan penangguhan bayaran balik pinjaman.
Beliau bagaimanapun menyifatkan alasan itu tidak munasabah kerana sekiranya peminjam itu mampu membayar ansuran bulanan kereta makanya mereka juga mampu untuk membuat bayaran balik pinjaman PTPTN.
“Bayar ansuran kereta RM600 sebulan boleh tapi bayar pinjaman PTPTN RM90 sebulan tak boleh” katanya seperti dipetik media.
Mengulas mengenai kenyataan itu, Howard yang juga Adun Pasir Pinji berkata kata-kata sebegitu tidak seharusnya diungkapkan, lebih-lebih lagi Wan Saiful merupakan “seorang pemimpin yang memahami sistem ekonomi pasaran”.
“Beliau sepatutnya sedar bahawa dengan keadaan sistem pengangkutan awam negara yang masih lemah dan dalam proses pembaharuan, tidak ada cara lain untuk generasi muda yang bekerja kecuali dengan memiliki kereta persendirian, terutamanya bagi mereka yang baru berumahtangga serta mula berkeluarga.
“Bagi mereka yang tingal di ibu kota, kira-kira RM400 diperlukan untuk menampung kos penggunaan LRT, MRT dan bas.
“Sekurang-kurangnya RM500 lagi diperlukan untuk sebuah bilik sewa yang sederhana luas. Tidak pasti berapa banyak wang yang diperlukan untuk makanan seharian,” ujarnya.
Beliau justeru menggesa kerajaan agar tidak menghampakan harapan anak muda yang telah mengundi PH pada Pilihan Raya Umum ke-14 yang lalu.
“Mereka merupakan pemangkin kemajuan negara. Jangan bebankan mereka dengan cara lama rejim lama. Ringankan beban pinjaman PTPTN mereka,” tegasnya. – Roketkini.com

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena