Saturday 17 November 2018

[Video Dibayar 50 Juta Pun Saya Tak Akan Bertanding - Rafizi Ramli] Umat Islam telah dingatkan tentang bahayanya golongan Khawarij! Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu): Tiada keperluan tandatangani ICERD.

Sabtu, 17 November 2018

Calon PKR DUN Rantau dihalang masuk pusat penamaan calon.

Umat Islam telah dingatkan tentang bahayanya golongan Khawarij...
Foto Otai BERSIH.
Foto Otai BERSIH.
Mereka ni yang disebut oleh dalam sejarah Islam sebagai 'Khawarij'..umat Islam telah dingatkan tentang bahayanya golongan ini..

Bersatu: Tiada keperluan tandatangani ICERD

Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) mengulangi pendiriannya tidak menyokong ratifikasi Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (Icerd).
Setiausaha Agungnya Marzuki Yahya berkata banyak lagi konvensyen berhubung hak asasi manusia yang boleh diberi penekanan namun Icerd bukan salah satu daripadanya.
"Icerd ini semua sedia maklum Timbalan Presiden Bersatu (Mukhriz Mahathir) dah keluar kenyataan menjelaskan kita (Bersatu) tak menerimanya.
"Bersatu sama sekali menolak dan tidak mengakui Icerd salah satu tuntutan yang patut kita tandatangan," katanya kepada pemberita selepas mengadakan perjumpaan dengan Bersatu Kelantan di Kota Bharu, hari ini.
Hadir sama Ketua Penerangan Bersatu Senator Dr Mohd Radzi Md Jidin dan Pengerusi Badan Perhubungan Bersatu Kelantan Kamaruddin Md Nor.
Situasi 'unik' Malaysia
Pada 9 November lepas, Mukhriz dilaporkan berkata tiada keperluan untuk negara menandatangani Icerd kerana ia tidak bersesuaian dengan situasi 'unik’ di negara ini.
Mengulas mengenai pilihan raya Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau yang bakal diadakan semula, Marzuki berkata Bersatu akan menyokong calon yang akan diletakkan Parti Keadilan Rakyat (PKR) di kerusi berkenaan.
Semalam, Mahkamah Pilihan Raya di Seremban memutuskan bahawa kemenangan Mohamad Hasan di kerusi DUN Rantau pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) adalah tidak sah dan terbatal dan pilihan raya semula DUN itu perlu diadakan serta-merta.
Mohamad yang juga timbalan presiden Umno menang tanpa bertanding kerusi tersebut selepas calon PKR Dr S Streram dilarang masuk ke pusat penamaan calon 28 April lepas, ekoran tidak memiliki pas yang dikeluarkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).
Berikutan itu, pada 23 Mei, Dr Streram, seorang pakar bius, memfailkan petisyen di mahkamah bagi memohon pilihan raya DUN itu diadakan semula, kerana mendakwa penyandangnya tidak dipilih secara sah.
- Bernama    
Mk.

1 comments:

Lone ranger pomen said...

Hadoi, 355 gagal, Hudud nak mengundi nanti baru jual, tu pun gagal gak agak2. LGBT pun gagal, semua gagal la. Ni baru dpt icerd pun gagal jugak. Agak2 ape lagi isu nak jual Kat macai dgn walaun... Dah jual bangsa, agama, jadi Batu api pun gagal jugak... Nama malaikat pun gagal Pasal kalah hingga ramai calon makan pasir. Memang pasumno ni Pati gagal la. Pas lagi la. Ingat keluar PR makin kuat. Malang nasib walaun. Tapi tin Milo kena hulur jugak. Nasib la Korang...

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena