Sunday 18 November 2018

[Video Tun M: Mustahil laksanakan ICERD] Skrg ni banyak langau taik dah impit YB PH.

Isnin, 19 November 2018
Foto Otai BERSIH.
Otai BERSIH 
BIAR GAMBAR BERBICARA....
Kepada Yb Menteri dan Yb Ph...perihatin laa pd rakyat dan ahli PH yg bekerja keras untuk kemenangan kalian...atas susah payah Tun turun ke serta pelosok negara untuk kemenangan PH...TAPI akhirnya yg masih lagi di lantik selepas menang adalah org2 Umngok tegar....org2 Ini masih lg berjoli sakan....apa kesudahannya??? Skrg ni langau taik dah impit YB PH....dan jdi lembaga pelawat Taman Sinar Harapan bwh Kementerian Luar Bandar .... YB menteri dan Setpol menteri sila ambk perhatian.
Jangan hanya YB sekelian mengejar pangkat dan glamour...dari sebesar-besar pangkat sampai ke kecik2 semua YB sekelian sapu...tamak sungguh nampaknya....prestasi ke laut dalam...segala aduan dr rakyat jangan di ambik mudah...PRU15 bukan lama sangat pn lagi...sila renung2kan.
Nota kaki: Gmbr terbaru main golf pagi ni dgn jibun...harap maklum
Foto Otai BERSIH.
Foto Otai BERSIH.

Nota kaki: Gmbr terbaru main golf pagi ni 18/11/2018 dgn jibun...harap maklum
Otai BERSIH 
Foto Otai BERSIH.
Foto Otai BERSIH.
Si mamat ni dah jdi lembaga pelawat Taman Sinar Harapan bwh Kementerian Luar Bandar & Wilayah!

Tun M: Mustahil laksana ICERD

PORT MORESBY (Papua New Guinea): Tun Dr Mahathir Mohamad menegaskan adalah mustahil untuk melaksanakan Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD).
Perdana Menteri berkata, pelaksanaan ICERD memerlukan penggubalan semula Perlembagaan Persekutuan.



"Untuk menggubal semula Perlembagaan Persekutuan, ia memerlukan dua pertiga majoriti Parlimen," katanya kepada media selepas penutupan Mesyuarat Pemimpin-Pemimpin Ekonomi APEC (AELM) Ke-26, di sini, hari ini.
Tambah beliau, perkara itu adalah agak mustahil memandangkan jumlah Ahli Parlimen dalam kerajaan selain reaksi daripada kedua-dua pihak termasuk pembangkang berhubung perkara terbabit.
Sebelum ini, pemimpin tertinggi UMNO dan Pas dilaporkan bersetuju mengadakan perhimpunan bersama bagi membantah pelan ratifikasi ICERD pada 8 Disember ini.
Semalam, Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, memberi amaran bahawa masyarakat Melayu Islam di Putrajaya akan mengadakan bantahan terhadap ikrar kerajaan untuk meratifikasi ICERD.
Mengulas mengenai perkara itu, Dr Mahathir memberi jaminan kepada orang ramai tiada sebarang kekecohan akan berlaku, kecuali dimulakan oleh Presiden UMNO.
"Kecuali Ahmad Zahid memulakan kekecohan, tidak akan berlaku rusuhan berhubung ICERD.
Dr Mahathir turut memberitahu bahawa ICERD adalah isu sensitif kepada orang Melayu.
"Kita boleh bincang perkara ini kerana kita tidak menolak pendapat orang ramai, malah dalam ucapan saya pada Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGA) September lalu, saya ada menyentuh berhubung kerumitan melaksanakannya, sama ada secara keseluruhan atau tidak,” katanya.
Malaysia antara sebahagian kecil negara yang masih belum menandatangani atau meratifikasi konvensyen itu.
Konvensyen berkenaan menyediakan mekanisme kepada masyarakat dunia untuk membuat aduan berhubung perkara membabitkan perkauman dan diskriminasi selain berkuat kuasa terhadap semua negara anggota.
Bagaimanapun, pelbagai pihak membantah ratifikasi ICERD kerana dikhuatiri menjejaskan hak orang Melayu, termasuk peruntukkan yang membenarkan kuota dalam institusi pendidikan.
PERDANA Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad bergambar bersama ketua-ketua negara ketika hadir mesyuarat Persidangan Kerjasama Ekonomi Asia Pasific (APEC) 2018, hari ini. - Foto BERNAMA
BH Online.

1 comments:

anonimous said...


Halo semua orang yang anda ingin mendapat kredit untuk memecahkan kebuntuan di bank, dengan penolakan kredit fail permohonan anda. mengambil aktiviti anda; Pembinaan rumah anda; Rumah atau pangsapuri; Etc. Pembelian Rumah kredit - PERKHIDMATAN PINJAMAN Federa adalah berkhidmat untuk anda boleh menyediakan 100 EURO..1000 .. 10000 ... EURO 7,500,000 EURO kepada semua orang yang berada dalam keperluan kewangan atau khas yang ingin mempunyai pinjaman dalam tempoh yang singkat. Bagi kadar faedah antara 1.4% hingga 3% bergantung kepada amaun yang kena dibayar .Bagi Maklumat Lanjut sila hubungi: Email: [ F E D E R A L O A N @ G M A I L. C O M ] atau whatsapp / panggilan + 1 8 4 5 7 3 1 5 7 1 6

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena