Wednesday 8 May 2019

Boboy & Daddy nya seperti cacing kepanasan? [Video SEKALI LAGI TUN M LANTANG PERLI TMJ? BN melatah dalam terowong]

Rabu, 8 Mei 2019
Jom Channei
1. TAK TAHU APA BERLAKU JANGAN CAKAP, KATA TUN M 2. SEKARANG PAS TERIMA PARTI TOLAK HUDUD 3. SKANDAL1MDB BERSIARAN LAGI DI AMERIKA SYARIKAT 4. BARISAN NASIONAL MELATAH DALAM TEROWONG?
Image may contain: 1 person, text
Seperti cacing kepanasan... 
Johor RTS Rapid Transit System Proposal - Map
Image may contain: car and outdoor
1. Jika sekiranya Tun Mahathir Mohamad selaku Perdana Menteri tidak bertegas berhubung sekeping tanah di Bukit Chagar, Johor, sudah pasti kos pembinaan Sistem Aliran Transit atau Rapid Transit System (RTS) akan meningkat lagi sekurang-kurangnya sebanyak RM 500 juta. 

2. Tanah ini asalnya kepunyaan Negeri atau State Land tetapi telah diberi kepada Kerajaan Pusat dalam tahun 2012 dengan cara tukar ganti. 

3. Mengikut bebagai laporan media, hanya 2 hari selepas beberapa perbincangan termasuk yang diadakan dengan Sultan Johor, tanah tersebut telah berpindah tangan dari Tanah Kerajaan Pusat menjadi kepunyaan Sultan. 

4. Katanya bagi mendapat sokongan Sultan secara terbuka menjelang pilihanraya umum yang baru lepas, tanah seluas 4.5 hektar itu yang telah dirancang bagi projek RTS diberi kepada Sultan secara PERCUMA oleh Najib. 

5. Justeru, mengatakan beliau TIDAK TAHU MENAHU pun tanah 'miliknya' itu akan dibina RTS adalah suatu pembohongan yang tidak boleh diterima oleh akal yang waras. 

6. Amat mustahil semasa perbincangan di antara Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat atau SPAD dengan Sultan, langsung tidak disentuh berkenaan tapak pembinaan, keluasan tanah dan sebagainya. 

7. Sebenarnya penglibatan Sultan di dalam pelaksanaan projek RTS dan projek lain TIDAK PERLU dan TIDAK BOLEH kerana ia adalah tanggungjawab Pentadbiran, apatah lagi ianya bercanggah dengan Perlembagaan Negara yang melarang Sultan mencampuri hal ehwal Pentadbiran. 

8. Itulah akibat apabila Sultan tersebut tahu di mana tapak RTS akan dibina, maka dalam tempoh 2 hari sahaja selepas dipersetujui tanah tersebut dipindahmilik kepada Sultan TANPA PEDULI akibat perbuatan tersebut. 

9. Kini tak sampai pun 24 jam selepas Perdana Menteri membuat ugutan, tiba-tiba Sultan cuba menunjukan beliau seorang pemurah (???) dengan rela hati memberi kawasan tersebut secara percuma kepada Kerajaan Pusat sedangkan umum tahu tanah yang bernilai RM 500 juta itu telah diberi secara percuma kepada beliau oleh Najib; ini satu lagi drama yang dilakukan. 

10. Mungkin ketegasan Tun Dr. Mahathir itu membuatkan beliau dan anaknya 'Seperti Cacing Kepanasan'. 

11. Bagi kepentingan umum, khasnya Bangsa Johor atau rakyat Johor, Kerajaan Negeri HARUS mengeluarkan senarai tanah, projek sama ada sah atau melanggar undang-undang seperti penjualan pasir secara berluasa kepada Singapura, bauksit dan penglibatan beliau secara terus atau proksi di dalam mana-mana perniagaan di negeri itu; ini termasuklah sebidang tanah yang luas di Bandar Maharani, Muar untuk pembangunan, tanah Kuarters TNB di Stulang Laut yang dibeli dengan setengah nilai pasaran (value) kemudian dijual kepada pemaju Singapura, tanah perladangan kira-kira- kira 50 ribu ekar. 

JCorp Bhd dan anak-anak syarikatnya pula TERPAKSA membantu menampung kos bolasepak JDT. 

Bagi mengelakkan sebarang keraguan, Kerajaan negeri juga perlu menyenaraikan tanah-tanah dan lain-lain termasuk jumlah kenderaan yang TIDAK BERBAYAR CUKAI import dan cukai jalan yang TELAH DIPULANGKAN atau DIBERI secara percuma dan jumlah cukai kereta yang dibayar diumumkan. Selamat Berpuasa. - Tamrin Tun Ghafar    
TS
Imej mungkin mengandungi: 5 orang, orang senyum
Imej mungkin mengandungi: 3 orang, orang senyum, teks

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena