Saturday, 4 May 2019

Harussani: Saya tak nampak Islam ditekan bawah PH! Yg tertekan hanyalah PENYAMUN..ISLAM TERANCAM? Jwp aku senang je BODOH, BINGAI & Kepala toya kerana tak tahu Struktur Pentadbiran Negara [Video Rais Yatim: I will meet with all four Rome Statute academicians]

Sabtu, 4 Mei 2019
Imej mungkin mengandungi: 2 orang, teks
Imej mungkin mengandungi: satu atau lebih orang dan rakaman dekat
YANG TERTEKAN HANYALAH PENYAMUN.
Harussani: Saya tak nampak Islam ditekan bawah PH
Mufti Perak Harussani Zakaria tidak sependapat dengan rakan sejawatnya dari Perlis Dr Mohd Asri Zainul Abidin berkaitan kedudukan Islam di negara ini.
Harussani berkata kedudukan Islam di Malaysia masih terpelihara walaupun kerajaan bertukar.
“Saya tidak nampak ada tekanan terhadap Islam pada waktu ini, saya tidak nampak ada sekatan kepada gerakan Islam.
“Tetapi kalau maklumat tidak sampai kepada saya, saya tidak tahu.
“Setakat ini saya tidak nampak dengan ketara Islam tergugat di bawah kerajaan baru,” beliau dipetik sebagai berkata kepada FMT.
Harussani diminta mengulas sejauh mana kedudukan Islam dipertahan bawah pentadbiran Pakatan Harapan (PH).
Bagaimanapun, kata Harussani, Islam harus dikembangkan lagi, khususnya dalam bidang pendidikan.
“Bukan hanya tahu sembahyang, puasa sahaja, tetapi kefahaman tentang falsafah Islam itu sendiri perlu ditambah,” katanya.
Asri pada 29 April lalu menyatakan tidak puas hati dengan penahanan penggiat NGO Islam Muhammad Zamri Vinoth Kalimuthu dan mendakwa umat Islam dibuli.
“Suara-suara mempertahankan Islam sukar kedengaran dalam kalangan yang memimpin pentadbiran hari ini, melainkan jumlah kecil.
“Apakah ini satu keadilan? Realiti ini menjadikan rakyat makin akur bahawa Islam berada dalam keadaan yang tidak begitu selamat di bawah pentadbiran hari ini,” katanya.
Terdahulu pada hari sama, beliau menuiis di Facebook dengan berkata banyak pihak merasakan Islam semakin terancam bawah pentadbiran sedia ada.
Mengulas mengenai penahanan penceramah Zamri yang didakwa menghina Hindu, Harussani memberi pandangan secara umum.
“Jangan mencaci, menghina agama lain kerana dari segi syarak pun kita tidak dibenarkan mencaci agama lain. Apabila kita caci agama lain akan timbul orang yang caci agama kita balik. Itu akan timbul perpecahan.
"Nabi tidak benarkan kita caci agama lain dalam mengembangkan Islam.
“Kalau dia mahu menceritakan secara peribadi perbezaan agama, itu pendapat dia, asalkan tidak mencaci agama. Cuma beri pendapat kenapa dia masuk Islam kerana tidak puas hati dengan agama sebelum itu. Itu tidak ada masalah, sebab itu pendapat dia.
“Tetapi kalau dia secara terbuka pergi hina dan caci agama yang dia tinggalkan itu tidak boleh,” katanya sambil menegaskan ia tidak ditujukan khusus kepada mana-mana individu.
Katanya beliau tidak mengetahui isu sebenar melibatkan Zamri.
Harussani dan Asri terkenal sebagai dua ahli agama yang sering berbeza pendapat.
Imej mungkin mengandungi: satu atau lebih orang dan teks
ISLAM TERANCAM? BODOH , BINGAI ATAU TAK TAHU STRUKTUR PENTADBIRAN NEGARA?
Agama Islam dibawah kuasa YDPA dan Raja Raja Melayu..
Kalau terancam tak kan Baginda nak tgk sahaja, mufti mufti takkan nak duk saja..
Suruh Dr Mujahid Letak Jawatan kita angkat Ketua DUP tunjuk angry bird dalam messenger.. amacam.??

Jwp aku senang je.... Kepala Toya... Islam terancam konon...!
Imej mungkin mengandungi: 1 orang, tersenyum, teks
Imej mungkin mengandungi: teks

0 comments:

Post a comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena