TERIMA KASIH PENGUNDI MUDA, JENTERA SERTA CALON ANAK MUDA PRU 13
Saya selaku Naib Ketua Pemuda PAS Malaysia, mengucapkan setinggi penghargaan kepada semua pengundi anak muda seluruh negara yang telah berusaha mencatat suatu lagi lembaran sejarah apabila melakukan perubahan di merata tempat di negara ini. Pengundi muda serta pengundi kali pertama berani melakukan perubahan dengan memberikan kemenangan berharga kepada calon-calon Pakatan Rakyat di merata tempat. Bahkan, mereka jugalah yang mencorakkan majoriti tertinggi di kawasan Pakatan Rakyat khususnya di bandar-bandar.
Bagi pihak DPPM, kami yakin, keadaan ini mungkin berpunca dari kecelikan politik pengundi muda terhadap isu-isu semasa negara ini. Hasil bacaan, analisa serta artikulasi maklumat semasa mempengaruhi minda mereka melakukan perubahan. Pakatan Rakyat berjaya menghasilkan kemenangan tambahan 7 buah kerusi parlimen menjadikan 89 buah kerusi pada PRU ke 13 manakala di peringkat DUN pula, PR menambah 71 buah kerusi DUN menjadi 230 buah kali ini.
DPPM juga mengucapkan terima kasih kepada jentera Urusan Pengundi Muda di segenap peringkat daripada Jentera Pilihanraya Dewan Pemuda PAS Negeri-negeri, Jentera Pilihanraya PAS Kawasan-kawasan (JPRK), Majlis Tindakan DUN (MTD) serta Unit Peti Undi (UPU) kerana memainkan peranan yang berkesan dalam memastikan kemenangan diraih oleh calon-calon Pakatan Rakyat. Hasil kerja keras, ikhlas, sabar dan serta istiqomah petugas-petugas ini membuka mata dan hati pengundi untuk memberi kepercayaan kepada Pakatan Rakyat menguasai DUN atau Parlimen yang ditandingi. Mereka inilah sebenarnya ‘wira yang tidak didendang’ (unsung heroes) yang memainkan peranan penting di sebalik tabir serta di barisan hadapan. Tanpa pujian, upah dan ganjaran, petugas ini tekun bekerja selama 2-3 tahun kebelakangan ini dengan mengenepikan kepentingan diri semata-mata menyahut seruan jemaah.
DPPM juga merakamkan ucapan tahniah kepada calon-calon pemuda atau anak muda Pakatan Rakyat yang menang di kerusi DUN atau Parlimen. Kemenangan ini adalah suatu kepercayaan rakyat yang dipikulkan ke atas calon atau wakil rakyat dari golongan muda untuk memimpin rakyat. Kepada mereka, DPPM nasihatkan supaya memikul amanah in sebaik-baiknya dengan meletakkan rakyat di hadapan berbanding diri sendiri. Selain itu, utamakan musyawarah dengan menjadikan Pakatan Rakyat di Parlimen atau DUN sebagai penasihat dalam sesuatu tindakan yang akan diambil.
Akhirnya, DPPM mengh
arapkan jentera pilihanraya pemuda di seluruh peringkat agar tidak berputus asa terhadap kekalahan yang dialami dengan meningkatkan usaha bagi memastikan kemenangan dapat diraih dalam Pru ke 14. Kawasan atau DUN yang mencatat kemenangan pula diharapkan tidak merasa selesa dengan kemenangan sehingga berdiam diri tanpa tindakan bagi mengekalkan kemenangan. DPPM percaya, labih banyak kemenangan dapat diraih sekiranya semua pihak terus tekun dan berusaha bekerja untuk PRU ke 13 bermula dari sekarang.
DR RAJA AHMAD ISKANDAR AL HISS
Naib Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia
Dia undi 2 kali??
Penipuan telah pun berlaku!
Orang Muda Geng Kita shared PR Harapan Rakyat's photo.
0 comments:
Post a Comment