Tuesday 6 January 2015

Cerita Kassim Ahmad cabar tindakan JAWI di Mahkamah Tinggi KL...& Cerita 'makan berak kencing tido'!

Rabu, 7 Januari 2015

Cerita Kassim Ahmad Cabar Tindakan JAWI Di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur...

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menolak permohonan semakan kehakiman aktivis sosial dan politik, Kassim Ahmad yang mencabar tindakan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) kerana mendakwanya atas tuduhan menghina agama Islam dan mengingkari pihak berkuasa agama Islam tahun lalu.
Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Asmabi Ahmad dalam keputusannya berpendapat bahawa Mahkamah Syariah yang mempunyai kuasa semakan kehakiman berhubung permohonan itu.
Beliau berpendapat, mahkamah sivil tidak mempunyai bidang kuasa mendengar permohonan itu dan perkara berkenaan juga terletak di bawah bidang kuasa eksklusif Mahkamah Syariah.
Pada 26 Jun tahun lalu, Kassim, 82, memfailkan permohonan untuk mendapatkan perintah membatalkan keputusan Ketua Pendakwa Syarie pada 27 Mac 2014 yang mendakwanya atas dua pertuduhan, iaitu menghina agama Islam dan mengingkari pihak berkuasa agama di Mahkamah Tinggi Syariah Putrajaya.
Kassim selaku pihak pemohon menamakan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom; Ketua Pendakwa Syarie Wilayah Persekutuan, Ibrahim Deris; Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) dan kerajaan Malaysia sebagai pihak responden.
Kassim turut memohon supaya prosiding kesnya di Mahkamah Tinggi Syariah digantung sehingga permohonan kebenaran untuk semakan kehakiman itu diputuskan.
Selain itu, Kassim memohon suatu perintah membatalkan tindakan dan keputusan pegawai penguatkuasa Jawi yang menyerbu, menggeledah dan menyita bahan terbitannya, memeriksa, menahan, menangkap dan mengeluarkannya dari Kedah serta membawanya ke Wilayah Persekutuan.
Beliau juga mahu suatu perintah membatalkan apa jua waran tangkap, geledah, sita dan bon yang dikenakan terhadapnya.
Kassim turut memohon suatu pengisytiharan, tindakan pencerobohan pegawai Jawi dan pendakwaan terhadapnya adalah bertentangan dengan peruntukan Perlembagaan Persekutuan, Akta Syariah Wilayah Persekutuan dan Enakmen Syariah Negeri Kedah.
Beliau memohon pengisytiharan, kesalahan melanggar fatwa Wilayah Persekutuan hanya terpakai kepada pemastautin di Wilayah Persekutuan sahaja.
Kassim hadir ke mahkamah dalam keadaan bertongkat diwakili peguam Rosli Dahalan.
Sedakasejahtera

Peringatan dari JAIS - Empat website sebar ISLAM PALSU


Pagi ni terima pesanan dr whatsapp group ustaz zainudin dr jabatan agama islam selangor, dia suruh sebarkan perkara ini..

Puak yahudi dengan sengaja telah membina beberapa website untuk menyebarkan maklumat yang salah mengenai Al-Quran dan Hadis, dengan itu sila berhati-hati terhadap websites berikut & beritahu sahabat lain.

1) www.answering-islam.org
2) www.aboutislam.com
3) www.thequran.com
4) www.Allahassurance.com

Tolong kirim pesanan ini kepada seramai muslim yang boleh kerana jika tidak mungkin ramai orang islam akan mendapat maklumat yang salah mengenai agama Islam.

Dpt info ni.. Tadi ada mintak ustaz kat UM check... Dia kata betul.. Paling bahaya adalah answeringislam......
Copy paste

Minta Perhatian!
Jika dengar lagu "It Will Rain" by Bruno Mars, JANGAN ikut nyanyi sekali. Ada sebaris lirik yang membawa kita ke arah MURTAD!

Seelok2nya tak payah dengar langsung.

Ini lirik nya:
There's no religion that could save me
(tiada agama yang boleh selamatkan aku)

No matter how long my knees are on the floor
(tak kira berapa lama aku berlutut di lantai)


TIADA AGAMA?
Hati-hati! Allah MURKA, sebab kita terlena oleh lagu-lagu barat yang enak didengar. Tapi tak faham erti nye. Tolong sebarkan jika anda sayangkn Islam.

Ada 2 pilihan untuk anda.

1. Biarkan di dalam moment anda tanpa bermanfaat untuk org lain.

2. Anda sebarkan pada semua kenalan anda.Rasulullah bersabda "Barang siapa yang menyampaikan 1 (satu ) ilmu saja dan ada orang yg mengamalkan, maka walaupun yang menyampaikan sudah
tiada (meninggal dunia), dia akan tetap memperoleh pahala.

*Buat semua yang punya FB. Tolong block fb yang bernama "Rudy Yohanes Hutagalung" dan "Jasmine Always-Happy III (dajal)". Wanita Iblis yang terkutuk telah menghina NABI SAW dan mengatakan Nabi Muhammad adalah Nabi anjing!

Bagi yang punya HP tolong sebarkan teks ini! Kalau yang tidak menyebarkan, sama saja membiarkan orang kafir menghina Nabi kita dan Agama kita!

#wajib Disebarkan
#LindungAgamaKita

cer tanya JAKIM

Mengapa bukan JAKIM yang beri peringatan tentang ini?

makan berak kencing tido
makan berak kencing tido
makan berak kencing tido
makan berak kencing tido
makan berak kencing tido

CUKUP BULAN DAPAT GAJI
WAKAKA

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena