Wednesday, 14 January 2015

[Viedeo] Najib suka merengek, kememe, & koro?...Bersedialah! kepimpian Najib akan berdepan dengan keruntuhan...

Rabu, 14 Januari 2015

Fakta sisipan...lebih kurang Dua bulan yang lalu seorang Ketua Bahagian GST telah dimasukkan ke hospital akibat serangan jantung. Hari ini seorang pegawai kanan kastam Bahagian GST meninggal dunia dikatakan akibat serangan jantung...
Jangan kerana kerakusan umno bn mahu "merompak" wang rakyat atas nama GST,sehingga mensia siakan nyawa penjawat awam...ambil kesempatan melawat sendiri ke Bahagian GST di seluruh Malaysia,lihatlah bagaimana kekurangan kakitangan di Bahagian GST itu sendiri menyebabkan tekanan melampau terhadap mereka.
Persoalannya,benarkah Jabatan Kastam itu sendiri telah bersedia terhadap perlaksanaan GST??? Kan bagus dibatalkan sahaja GST itu...

Najib suka merengek dan kememe – Ahli Parlimen Raub

 | January 14, 2015
Semua ini berpunca daripada kualiti kerajaan dan standard berkerajaan yang rendah yang semuanya pula berpunca dari kepimpian Najib yang koro.
najib ariff2PETALING JAYA: Ahli Parlimen Raub, Datuk Mohd Ariff Sabri Abdul Aziz melancarkan kritikannya sekali lagi ke atas pentadbiran Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak dengan menyifatkannya sebagai kepimpinan reput.
Beliau mendakwa, kelemahan kepimpinan menyebabkan institusi kerajaan dan pengurusan menjadi tidak menentu yang menyebabkan ”kementerian beroperasi secara bersendirian yang menampakkan kerajaan ini tidak ada coherence (koheren) dan cohesiveness (saling hubungan).”
Akibat daripada keadaan itu tambahnya, ”jabatan dan kementerian beroperasi secara tidak terkawal,” dengan memberi contoh isu surat FBI oleh Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Haimdi tidak dalam pengetahuan kabinet.
Malah Mohd Ariff mendakwa, pemimpin tertinggi negara itu tergamak bersuka-ria pada ketika negara berdepan dengan pelbagai musibah dan memilih untuk berdiam diri.
Menurut beliau, Perdana Menteri suka pelbagai isu yang melingkari rakyat pada masa sekarang kerana ia mengalihkan perhatian daripada isu dan masalah sebenar negara.
Bekas Ketua Penerangan UMNO Pekan itu turut menyindir Najib: ”Dia merengek dan kememe (suka menangis) tak dapat tidur malam dan dijangkiti e- coli. Sultan Kelantan berendam dalam air dan makan dengan mangsa banjir ok pulak.”
Dalam entri terbaru blog sakmongkol.blogspot.com, Mohd Ariff menyatakan, kepimpinan Mohd Najib berdepan dengan keruntuhan tetapi diselindungi dengan isu seperti dakwaan peguam Eric Paulsen ke atas Jakim dan artis K-Pop peluk gadis Melayu bertudung.
Selain membangkitkan syarikat pelaburan kerajaan 1MDB yang menanggung hutang jaminan kerajaan, beliau mendakwa, masalah rasuah semakin buruk di Malaysia tetapi tidak diberi perhatian.
Dalam tulisannya kali ini, wakil rakyat DAP itu menyerang menggunakan perkataan ”Dol” dan ”samdol” bertujuan merendahkan taraf pemimpin kerajaan yang didakwanya sudah gagal tahap mereput.
”Rasuah itu real bukan persepsilah Dol- keadaan ekonomi yang makin parah, agihan pendapatan yang makin tidak adil. Semua ini berpunca dari kualiti kerajaan dan standard berkerajaan yang rendah yang semuanya pula berpunca dari kepimpian Najib yang koro (naif),” tambahnya.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena