Wednesday, 6 April 2016

"TAHNIAH pakcik krn berani bersuara!" Ayah Khairul Idham terkilan dapat 'tahniah' dari kerajaan saja.

Rabu, 6 April 2016

Ayah Khairul Idham terkilan dapat 'tahniah' saja

Ayah pelumba Moto3 negara, Khairul Idham, Pawi Omar meluahkan rasa terkilan kepada kerajaan susulan tiada sebarang dana disalurkan kepada anaknya sepanjang menceburi sukan pemotoran.
Malah menurut Pawi, sebaik Khairul Idham muncul juara Kejohanan MotoGP Dunia di Argentina Ahad lalu, hanya ucapan tahniah yang disampaikan kerajaan.
"Perdana menteri sampaikan tahniah, menteri belia dan sukan pun ucap tahniah. Tetapi hanya ucapan tahniah kami dapat.
"Sedangkan saya sudah buat permohonan kepada banyak pihak khususnya Kementerian Belia dan Sukan sebelum ini," katanya kepada Malaysiakini, hari ini.
Khairul Idham melalui kategori Moto3 mencipta sejarah selepas berjaya menamatkan 21 pusingan di Litar Termas de Rio Hondo, Argentina di tempat pertama.
Pawi berkata, sepanjang penglibatan anak ketiganya itu dalam sukan pemotoran, beliau dan keluarga telah melabur begitu banyak wang ringgit.
Katanya, sehingga hari ini sebelum ada bantuan daripada kerajaan walaupun Khairul Idham membuktikan potensinya dan mengharumkan nama Malaysia.
"Saya sangat terkilan dengan keadaan ini, kalau benar kerajaan tidak boleh tolong saya terpaksa bergolok bergadai apa yang kami ada.
"Ada tanah saya terpaksa jual tanah, ada lembu jual lembu. Kerana saya ada perjanjian dengan Khairul Idham (untuk membantu kariernya)," katanya.
Menurut Pawi, beliau berjanji untuk berusaha bersungguh-sungguh menyediakan keperluan anaknya untuk terus maju dalam sukan pemotoran itu.
"Saya berjanji kalau dia bersungguh-sungguh dan buktikan dia boleh berjaya, saya pun akan bersungguh-sungguh cari duit," jelasnya.
Terima kasih Honda
Semalam, Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin Abu Bakar meminta syarikat swasta tampil membuat tajaan dalam sukan pemotoran bagi mengembangkan bakat pelumba tempatan di pentas antarabangsa.
Bagaimanapun katanya, Kementerian Belia dan Sukan telah bekerjasama dengan Sepang International Circuit Sdn Bhd (SIC) menyelaras program pembangunan sukan permotoran sejak tahun lalu dengan dana berjumlah RM2 juta.
Sementara itu Pawi berkata, kelangsungan Khairul Idham dalam sukan tersebut kini bergantung kepada bantuan keluarga dan Honda Malaysia Sdn Bhd.
"Tetapi anak saya belum tandatangan kontrak penerimaan gaji buat masa sekarang, saya kata tak apalah jangan fikir soal gaji lagi.
"Fikir dulu macam mana nak jadi juara setiap kejohanan, buktikan kemampuan diri dulu. Insya-Allah ada rezeki nanti.
"Apa pun saya sangat menghargai komitmen daripada pihak Honda yang memberi peluang, keperluan jentera dan kepakaran kepada Khairul Idham," katanya.
Sementara itu, Malaysiakini sedang mendapatkan reaksi daripada Kementerian Belia dan Sukan berhubung perkara tersebut.
Malaysiakini

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena