MANGKUK TANDAS je HARGA RM25,000?.. Benarkah dakwaan ini?
1. Kos pemasangan khemah 'air-cond' dan hiasan RM280,000?
2. Mangkuk tandas RM25,000?
3. Bilik rehat RM120,000 termasuk perabut, 'renovation' dewan sukan 3 juta?
HANYA UNTUK majlis sukan ISTERI2 WAKIL RAKYAT BARISAN NASIONAL SEMALAYSIA !!.. sedangkan rakyat mengais nak cari makan. tanggung beban bayar GST 6% & minyak naik #20sen..
"RAKYAT DIDAHULUKAN..."
Kredit: Mohd Ruslinn
Penganalisis: PAS perlu tebal muka jika mahu tewaskan BN
Jeniri berkata, PAS tidak boleh menewaskan BN jika tidak bekerjasama dengan Pakatan Harapan.
PETALING JAYA: PAS perlu menghentikan kerjasama dengan sebuah parti kecil dan sebaliknya bekerjasama dengan DAP serta Amanah, jika bertekad mengalahkan Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum akan datang, kata seorang penganalisis politik.
Prof Madya Dr Jeniri Amir dari Universiti Malaysia Sarawak (Unimas) berkata, sentimen ketika ini tidak memihak kepada Gagasan Sejahtera yang dianggap “blok ke-3” terdiri daripada PAS dan Parti Ikatan Bangsa Malaysia (Ikatan) pimpinan bekas menteri Umno, Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir.
“PAS perlu mendengar sentimen majoriti dan menebalkan mukanya,” katanya kepada FMT sambil menambah parti Islam itu perlu melupakan kepentingan egoistiknya kerana rancangan memecahbelahkan pembangkang hanya akan memakan diri.
“Pada pandangan saya, PAS seolah-olah mahu menang semua, tetapi ia tidak mungkin berlaku dalam politik.
“Jika ia benar-benar mahu mengubah masa depan negara, ia mesti bekerjasama dengan parti pembangkang lain.
“PAS perlu sedar mereka berjaya pada Pilihan Raya Umum 2008 bukan kerana kekuatan sendiri, tetapi disebabkan kekuatan Pakatan Rakyat yang sudah dibubarkan.”
Jeniri berkata, Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) dan PKR tidak mungkin menyertai Gagasan Sejahtera.
“Rakyat lebih suka PKR dan PPBM bekerjasama dengan DAP dan Amanah. Kedua-dua parti itu akan hilang sokongan jika mereka meninggalkan parti pembangkang lain dan menyertai PAS.”
Semalam, Naib Presiden PAS, Datuk Nik Amar Abdullah mempelawa PKR dan PPBM keluar daripada Pakatan Harapan dan menyertai Gagasan Sejahtera.
Seorang lagi penganalisis politik, Khoo Kay Peng berkata, “komplikasi” mungkin timbul jika PKR dan PBBM meninggalkan Pakatan Harapan kerana Amanah adalah parti baru.
“Kuasa tawar-menawar Amanah tidak kuat kerana belum membuktikan kemampuan diri pada pilihan raya.”
Katanya, ia boleh diterima jika PPBM dan PKR mempertimbangkan cadangan Nik Amar berdasarkan kemungkinan PAS mempunyai “peluang lebih baik untuk menewaskan BN”.
Penganalisis politik dari Universiti Malaya, Dr Awang Azman Pawi berkata, parti pembangkang sepatutnya mengambil pengajaran daripada Pilihan Raya Negeri Sarawak, Mei tahun lalu, supaya sejarah mereka kalah teruk akibat pertandingan 3 penjuru tidak berulang.
“Rakyat akan makin muak jika perbalahan mereka (antara parti pembangkang) berterusan,” katanya.
Pada PRN Sarawak ke-11 yang diadakan 7 Mei 2016, PKR menurunkan 40 calon, DAP (31), Amanah (13), PAS (11), Parti Reformasi Negeri (10), Parti Bansa Dayak Sarawak Baru (5) dan calon Bebas (36) bagi merebut 82 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN).
Bagaimanapun, DAP hanya memenangi 7 kerusi DUN dan PKR 3 kerusi, manakala selebihnya 72 kerusi dimenangi BN.
FMT
0 comments:
Post a Comment