Wednesday 11 October 2017

[Video Rasuah Paling Ditentang Oleh Agama Islam] Mat Sabu tunggu orang Kelantan di himpunan anti-kleptokrasi & "Sudah jelas sekarang Umno, Najib dan sekutunya akan menpertahan rasuah dan kleptokrasi terus kekal".

Rabu, 11 Oktober 2017

Mat Sabu tunggu orang Kelantan di himpunan anti-kleptokrasi

Mat Sabu tunggu orang Kelantan di himpunan anti-kleptokrasi

Kejayaan program makam malam AMANAH Kelantan yang menghimpunkan hampir 1,000 orang malam tadi mengujakan Presiden AMANAH, Mohamad Sabu.
“Kehadiran malam ini cukup menakjubkan dan kita akan tunggu orang Kelantan membanjiri perhimpunan anti kleptokrasi di Petaling Jaya 14 Oktober ini,” katanya ketika berucap di majlis yang diadakan di sebuah resort di Pantai Tok Bali, Pasir Puteh.
Minggu lepas katanya, beliau bersama di majlis makan malam anjuran AMANAH kawasan Besut yang hanya beberapa kilometer dari lokasi Tok Bali.
“Saya sudah terkejut kerana dengan gembar-gembur tiada penyokong di kawasan itu, dewan malam itu ternyata padat.
“Malam ini memang luar jangkaan, kalau beginilah sambutan rakyat saya cukup yakin rakyat Kelantan akan buat perubahan besar sekali lagi,” katanya.
Sebagai ahli Parlimen di Kelantan untuk dua penggal katanya, rakyat Kelantan yang majoritinya Melayu amat berbeza dengan Melayu di negeri-negeri lain.
“Majoriti rakyat Kelantan tidak bergantung dengan kerajaan.
“Mereka berniaga sendiri dan sanggup merantau ke mana sahaja untuk mencari rezeki menjadikan minda mereka merdeka.
“Mereka boleh memilih parti mana yang dirasakan memihak kepada rakyat dan menolak mana-mana parti walaupun yang ada banyak dedak jika tidak kena selera,” katanya.
Menurut beliau juga, sambutan di majlis itu menunjukkan rakyat Kelantan kali ini akan bersama Pakatan Harapan untuk menyelamatkan negara dari terus dirosakkan oleh pentadbiran Umno dan semua sekutunya.
Mohamad Sabu memotong kek ulang tahun ke-2 AMANAH Kelantan sambil diperhatikan NAib Presiden Datuk Husam Musa dan Pengerusi AMANAH Kelantan Datuk Wan Rahim.
“Sudah jelas sekarang Umno, Najib dan sekutunya akan menpertahan rasuah dan kleptokrasi terus kekal.
“Yang saya terkejut ada di kalangan yang bergelar ulamak turut serta dengan puak pro-rasuah ini.
“Namun rakyat sedar terutama orang Kelantan, semakin jelas akan bersama gelombang menyahkan perasuah ini dan saya menyeru semua hadir bersama di himpunan 14 Oktober ini,” katanya.
Sementara itu, Pengerusi Pakatan Harapan Kelantan, Datuk Husam Musa dalam ucapannya yakin usaha membentuk kerajaan Kelantan baru menjadi semakin ringan.
“Dengan penyatuan empat parti hasrat rakyat untuk melihat terbentuknya kerajaan baru di Kelantan menjadi lebih mudah.
“Pakatan Harapan yang telah berjaya kita susun dengan penerimaan semua semakin jelas berkeupayaan tinggi,” katanya.
Sebelum ini katanya, ramai beranggapan hanya Pas dan Umno yang ada potensi berkuasa di Kelantan.
“Kini dengan kemunculan Pakatan Harapan yang menggabungkan empat parti dan disokong oleh banyak lagi NGO akan menjadi alternatif ketiga.
“Kita akan menjadi pasukan terkuat yang tidak akan mampu dicabar sesiapa dalam PRU 14 nanti,” katanya.
Turut menyampaikan ucapan adalah Ketua Penerangan Bersatu, Datuk Kamaruddin Mohd Nor dan Pengerusi Majlis Pimpinan PKR Kelantan, Ab Aziz Ab Kadir.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena