Wednesday 11 October 2017

[Video Mat Sabu: Demo di Padang Timur PJ diteruskan & Polis: Buatlah demo di Stadium Kelana Jaya] Cukuplah bagi alasan ‘lapok’ halang himpunan anjuran PH, kata Hanipa.

Rabu, 11 Oktober 2017


Image result for Foto Padang Timur PJ
Image result for Foto Padang Timur PJ

Cukuplah bagi alasan ‘lapok’ halang himpunan anjuran PH, kata Hanipa

Cukuplah bagi alasan ‘lapok’ halang himpunan anjuran PH, kata Hanipa

Ahli Parlimen Sepang Mohamed Hanipa Maidin menganggap pihak polis mengunakan alasan ‘lapok’ apabila menjadikan alasan ‘gangguan lalu lintas’ untuk tidak membenarkan penganjuran Himpunan Sayangi Malaysia Hapuskan Kleptokrasi diadakan pada Sabtu ini
Dalam status di laman facebooknya Hanipa berkata, pengalaman sama ketika Pakatan Harapan mengadakan himpunan Bersih untuk berarak secara aman, pihak polis dakwanya mengarahkan penganjur berpindah ke stadium atau padang.
“Ni orang nak buat kat padang tak boleh pulak.. Cukuplah bagi alasan lapok.
“Lagipun, PH atau penganjur dah kata akan bantu tolong polis jaga lalu lintas..apa nak lagi?
“Sebarang perhimpunan orang ramai pasti akan jejas lalu lintas ..biasalah..jika ada pertandingan bola atau konsert atau apa apa perayaan di stadium, padang atau kat mana sekali pun, pasti akan ada gangguan lalu lintas ..tu biasalah.
“Hanya tak ada gangguan jika buat himpunan kat hutan Hulu Tembeling,” sindirnya.
Hanipa turut mengembalikan ingatannya kepada penganjuran perhimpunan aman yang pernah diadakan di ibu kota yang mana penganjur berjumpa Ketua Polis Negara dan pegawai atasan di Bukit Aman.
“Polis kata jika buat perhimpunan peniaga susah. Penganjur jawab tak logik peniaga susah jika orang ramai..makin untung adalah.
“Mana ada peniaga yang tak suka ada orang ramai. Polis kata peniaga susah sebab bila polis sembur air atau gas para peserta akan lari masuk premis peniaga.
“Abang Mat Sabu (Presiden AMANAH Mohamad Sabu) yang ada dalam pertemuan itu berkata pada polis, “jika polis sembur air atau gas, bukan premis peniaga sahaja kami akan masuk, kandang babi pun kami sanggup masuk!,” cerita Hanipa beranggapan tindakan polis menyembur gas dan air menyebabkan peniaga susah bukan kerana perhimpunan.
Hari ini media melaporkan Pakatan Harapan tidak akan berganjak daripada arahan polis yang tidak membenarkan himpunan diadakan di Padang Timur Petaling Jaya.
Pengarah Mobilasi Himpunan Mohamad Sabu berkata, pihak polis berpendapat himpunan itu akan mengganggu laluan penumpang yang menggunakan stesen LRT Taman Jaya, menyekat akses bas di stesen berkenaan serta mengganggu lalu-lintas di Jalan Timur.
Sehubungan itu, mengulas lanjut, Mohamad berkata, pihak penganjur tidak bercadang untuk mengadakan himpunan tersebut di lokasi alternatif lain memandangkan pihaknya telah melakukan persediaan bagi penganjuran himpunan ala karnival berkenaan.
Surat yang ditandatangani Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, ACP Mohd Zani Che Din itu berkata, notis yang dikemukakan penganjur mengikut Seksyen 9(1) Akta Perhimpunan Aman 2012 itu ditolak berdasarkan enam faktor yang berkaitan masalah lalu-lintas.
Malaysia Dateline

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena