Thursday 5 October 2017

[Video Dr Maza: Kenapa Perlu Berpakat Dengan Non-Muslim? & Tuduh AMANAH Murtad Bukti PAS Pelampau Agama & Terdesak] Lim Kit Siang tak akan jadi PM, kata Dr Mahathir.

Jumaat, 6Oktober 2017


Lim Kit Siang tak akan jadi PM, kata Dr Mahathir

Lim Kit Siang tak akan jadi PM, kata Dr Mahathir
Dakwaan bahawa Lim Kit Siang akan jadi perdana menteri adalah kempen Presiden Umno Najib Razak untuk menakutkan Umno dan orang Melayu, kata Dr Mahathir Mohamad. – Gambar fail The Malaysian Insight, 6 Oktober, 2017.

LIM Kit Siang tidak akan jadi perdana menteri kalau Pakatan Harapan (PH) menang Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) nanti kerana gabungan politik itu bukan milik DAP atau Lim sendiri, kata Pengerusi PH Dr Mahathir Mohamad.
Sebaliknya, beliau menjelaskan, PH adalah untuk Malaysia "yang berjaya dan dihormati seluruh dunia".
Dakwaan bahawa Lim akan jadi perdana menteri adalah kempen Najib Razak untuk menakutkan Umno dan orang Melayu, katanya.
"Jika Pakatan Harapan menang, DAP tidak boleh tuntut jawatan Perdana Menteri untuk partinya. Dan (Lim) Kit Siang tidak mungkin jadi perdana menteri," katanya dalam tulisan terbaru di blognya, hari ini.
Menurut Dr Mahathir, kalau PH menang PRU14, majoriti wakil rakyatnya akan terdiri daripada orang Melayu dan tentulah ramai dalam kalangan mereka yang berminat untuk jadi perdana menteri.
"Mereka tidak akan serah keputusan kepada DAP untuk pemilihan perdana menteri.
"DAP sendiri dan (Lim) Kit Siang juga telah mengatakan DAP tidak akan tuntut jawatan perdana menteri," tambahnya.
Dr Mahathir sebaliknya meminta orang Melayu meneliti dasar-dasar pentadbiran Najib yang percaya "orang Melayu boleh ditakutkan dengan cerita Lim menjadi perdana menteri" dan "orang Melayu lebih mudah disuap dengan wang".
"Percayalah jika Najib menang orang Melayu akan menderita kerana dasar-dasar Najib hanya untuk mengekal dirinya sebagai perdana menteri. Hari ini pun orang Melayu merasai tekanan."
Dr Mahathir juga mengaku sikap orang Melayu yang takut kepada DAP ini berpunca daripada beliau sendiri yang suatu masa dahulu "mempersetankan DAP" dengan memburuk-burukkan imej parti itu ketika menerajui BN dan Umno.
Bekas perdana menteri selama 22 tahun itu berkata kempennya itu sangat berkesan sekali sehingga orang Melayu tidak boleh menerima DAP sama sekali dan menganggap DAP anti Melayu.
Malah katanya, hari ini apabila beliau beralih perjuangan dan mendampingi DAP, ramai orang Umno terutamanya merasakan beliau mengkhianati mereka.
"Saya tidak akan berbuat demikian jika DAP benar-benar syaitan," katanya, sambil mengingatkan banyak pemimpin Melayu lain yang menyokong DAP termasuk Tunku Abdul Rahman, Tengku Razaleigh dan Anwar Ibrahim.
Tunku dan Tengku Razaleigh bekerjasama dengan DAP pada akhir 1980-an selepas krisis Umno membawa kepada lahirnya parti Semangat 46, manakala Anwar berbaik dengan DAP sejak Reformasi 1998.
"Pemimpin PAS, Hadi Awang biasa berpeluk Kit Siang dan berada dalam Barisan Alternatif dan Pakatan Rakyat pada PRU12 dan 13. PAS menang besar apabila disokong oleh orang Cina DAP," kata Dr Mahathir.
Jelas beliau, kerjasamanya dengan Lim adalah kerana perjuangan politik mereka kini sama iaitu menjatuhkan kerajaan BN pimpinan Najib, dan perjuangan itu lebih penting daripada sengketa mereka.
Dr Mahathir juga mengingatkan hakikat Malaysia yang berbilang kaum yang memerlukan parti-parti politiknya berkerjasama kalau mahu mendirikan kerajaan melalui pilihan raya kerana "tidak ada satu parti atau satu kaum yang boleh menang dalam PRU sehingga menubuh kerajaan Malaysia."
"Setelah menyetujui DAP menjadi rakan dalam Pakatan Harapan, gabungan ini dapati DAP bukanlah seburuk seperti dikatakan oleh saya dahulu," katanya.
DAP, kata Dr Mahathir, bukan parti Cina dan tidak seperti MCA, DAP terbuka kepada semua kaum, katanya. Selain ada wakil rakyat berbilang kaum, DAP juga menggunakan bahasa kebangsaan iaitu Bahasa Melayu dalam mesyuaratnya, tambahnya. – 6 Oktober, 2017.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena