Friday 6 October 2017

[Video Anti-kleptocracy rally: Poor response forces organiser to switch gears] TAK BAIK PAS MENOLAK HASRAT KERJASAMA UMNO, Jadilah parti yang mengenang budi.

Jumaat, 6 Oktober 2017

Foto Parti Amanah Negara.

Foto Parti Amanah Negara.
Flash Mob Anjuran Pemuda Pakatan Harapan Negeri Johor siri 1 untuk mengajak semua rakyat turun ke Himpunan "Selamatkan Malaysia Hapuskan Kleptokrasi" pada 14.10.2017 di Petaling Jaya...
Sambutan rakyat setempat sangat mengalakkan dengan membunyikan hon kenderaan masing-masing..turut bersama pimpinan Pakatan Harapan Negeri Johor dan Pakatan harapan Kawasan2..

TAK BAIK PAS MENOLAK HASRAT KERJASAMA UMNO, JADILAH PARTI YANG MENGENANG BUDI

Apabila Ketua Penerangan UMNO, Annuar Musa menyatakan Pas dan UMNO akan bekerjasama dalam pilihanraya akan datang kerana mendakwa mereka mempunyai DNA yang sama, ia tentulah disebabkan ada maksud tertentu dapat atau boleh dicapai melaluinya.

Yang paling mudah, jika kerjasama itu dibentuk, maksud yang boleh dicapai ialah UMNO mungkin lebih cerah untuk mengekalkan kuasanya di peringkat Pusat, manakala Pas barangkali akan beroleh beberapa negeri untuk ditadbir.

Selain itu, dengan UMNO sebagai parti yang memperjuangkan Melayu dan Pas mendakwa memperjuangkan Islam, bergabungnya mereka bukan saja memungkinkan kuasa dapat dipertahankan, malah skandal-skandal yang selama ini diperkatakan ramai pun boleh ditutup sama.

Bukankah itu sebenarnya baik, bukan saja untuk UMNO tetapi juga kepada Pas?
Skandal 1MDB dan skandal balak misalnya, mungkin antara yang boleh ditutup begitu saja jika UMNO dan Pas benar-benar bekerjasama dan seterusnya menang pilihanraya.

Jadi, mengapa Idris Ahmad yang mewakili Pas begitu cepat menolak kenyataan Annuar Musa itu?

Dengan Naib Presiden Pas itu menyanggah kenyataan Annuar Musa sambil mengingatkan agar jangan perasan kedua-dua parti mempunyai DNA yang sama, apakah Pas sebenarnya menolak kebaikan bersama yang boleh dicapai melalui kerjasama tersebut?

Lagi pun, bukankah musuh Pas adalah DAP, sama  seperti musuh UMNO juga, sudah tentu hanya dengan bekerjasama saja kekuatan berganda dapat diserlahkan untuk menghadapi musuh bersama itu.

Bagaimana untuk melawan DAP dan Pakatan Harapan yang kononnya dikuasai oleh DAP, malah ada pemimpin Pas juga berkata, mengundi Pakatan Harapan sama seperti mengundi DAP, jika Pas tidak sedia menjadi lebih kuat dan bergabung tenaga dengan UMNO?

Lebih penting daripada itu, Najib Razak selaku Presiden UMNO adalah pemimpin yang banyak berbuat baik kepada Pas. Selain menunjukkan sikap berbaik dan membenarkan usul persendirian RUU355, Najib juga telah membawa pemimpin Pas melalui Jamil Khir Baharom, minum teh tarik di London, sepentas memperjuangkan nasib umat Islam Rohingya dan mungkin turut berbuat banyak budi lain  yang kita tidak ketahui.

Maklumlah, Najib bukan saja seorang bilionaire, tetapi juga amat pemurah. Di sana sini telah didedahkan bagaimana Najib menghulur RM1 juta, RM2 juta dan ada yang sampai RM9.5 juta kepada orang-orang tertentu yang disukainya.
Donald Trump yang juga bilionaire pun tidak semurah Najib hatinya.

Oleh itu, apabila Annuar selaku orang kanan Najib menyatakan UMNO dan Pas akan bekerjasama kerana mempunyai DNA yang sama, Idris Ahmad tidak sepatutnya begitu cepat menolak dan menyanggah.

Jangan begitu cepat lupa tentang budi baik Najib terhadap Pas selama ini wahai Idris, Ahli Parlimen Bukit Gantang.

Bukankah budi dan sikap baik hati Najib kepada Pas sejak kebelakangan ini dan kesediaan Pas menyambutnya menunjukkan UMNO mempunyai DNA yang sama dengan Pas?

Kalau tak percaya juga, cuba Idris tanya kepada Hadi Awang, Nasaruddin Tantawi atau Nik Abduh, sama atau tidak DNA UMNO dengan Pas sekarang ini? (ShahbudinHusin 06/10/2017).

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena