Friday 6 October 2017

[Video Majoriti orang politik Malaysia rasuah & PRU14 Masa Untuk Hapuskan Kerajaan Kleptokrasi (curi duit rakyat)] Mengapa Noh Omar (menteri) TIDAK TAHU, SYARIKAT YANG DIBANTU MENIPU?

Sabtu, 7 Oktober 2017


Foto Pemuda Amanah Nasional.

Kenyataan Media Pemuda AMANAH Nasional

BAGAIMANA SEORANG MENTERI BOLEH TIDAK TAHU, SYARIKAT YANG DIBANTU MENIPU?

Tindakan Tan Sri Noh Omar menghadiri suatu program khas bersama DBI Properties bersama pengarahnya Datuk Nuruliman A. Rahman atau lebih dikenali Boy Iman adalah sangat mendukacitakan.

Sungguhpun kehadiran beliau atas dasar untuk menggalakkan pemain-pemain swasta membina lebih banyak rumah dengan kos yang rendah, tetapi tindakan beliau telah memberi jalan mudah skandal penipuan ini mendapatkan mangsa yang lebih banyak dengan menggunakan kehadiran menteri sebagai lesen. 

Manakan tidak, apabila seorang menteri kerajaan dari Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) hadir dalan satu acara rasmi syarikat tersebut dan secara tidak langsung orang ramai melihat bahawa syarikat ini seolah-olahnya diikitraf kerajaan. 

Jumlah kerugian yang dihadapi mangsa melalui skandal penipuan ini seperti yang dilaporkanhttp://www.thestar.com.my/news/nation/2017/10/04/property-boss-held-over-rm62mil-fraud-cops-dbi-properties-offered-houses-belowmarket-price-but-they/ mencecah RM6.2 Juta melalui dua syarikat yang berkenaan DBI Properties dan Syarikat Juta Kelulut Global Resources. Mangsa-mangsa kebanyakannya adalah daripada rakyat berpendapatan sederhana bawah dan rendah. 

Justeru, Tan Sri Noh Omar selaku Menteri KPKT perlu bertanggungjawab dan tampil kehadapan sekali lagi dengan memohon maaf kepada orang ramai kerana kesilapan tindakan beliau atas kekurangan maklumat dan secara tidak sengaja mempromosi syarikat tersebut dengan kehadiran beliau dalam suatu majlis rasmi syarikat tersebut.

Mohd Ammar Atan 
Pengerusi,
Biro Perumahan
Pemuda AMANAH Nasional 

6 Oktober 2017

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena