Thursday 30 August 2018

[Video ''Saya Bukan PM'' - PEDAS Senator Ini Perli Senator Umno Bila Disoal Isu Pencen] Nah sekarang...Tutup muka? Bila BN tumbang! MB Johor: Mungkin PM 'TAK FAHAM' dasar Johor...Aik!

Khamis, 30 Ogos 2018

Foto Otai BERSIH.

Foto Otai BERSIH.


Tutup muka.. masa akhir2 BN memerintah.. lawyar jugak dia menjawab macam takde buat salah apa apa.
Bila BN tumbang.. Baru jelas kesalahan2 terperam lama. Sikit sikit terbongkar. Dulu bloggers bongkar kamu tangkap tukang bongkar. Nah sekarang...
TERKINI
BEKAS KETUA PENGARAH RISIKAN DI MAHKAMAH UNTUK PROSIDING REMAN
Bekas ketua pengarah agensi perisikan di bawah Jabatan Perdana Menteri, Malaysian External Intelligence Organisation (MEIO), Hasanah Abdul Hamid tiba di Mahkamah Majistret Putrajaya diiringi dua pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Beliau memakai baju lokap SPRM dan bertudung biru serta tangannya bergari.
Petang semalam SPRM menangkap beliau atas dakwaan penyelewengan dana pilihan raya selepas dipanggil ke ibu pejabat suruhanjaya itu jam 6 petang.
Sumber yang dekat dengan kes ini memberitahu, siasatan terhadap Hasanah dilakukan berhubung dakwaan kehilangan wang sehingga jutaan ringgit.
Penangkapan semalam disahkan oleh Timbalan Pengarah Operasi SPRM, Azam Baki yang berkata kes ini disiasat di bawah Seksyen 23 (1) Akta SPRM 2009.
Foto Otai BERSIH.
Walaun & walauntit dok pung pang pung pang pasal LGBT lagi.... Walaun & walauntit lupa di Jalan di Jalan Haji Taib bersepah LGBT...

Mungkin PM tak faham dasar Johor, kata MB

Kerajaan Johor menerusi jawatankuasa ditubuhkan kerajaan pusat berkaitan isu pemilikan hartanah warga asing akan menerangkan secara terperinci berhubung dasar negeri itu, kata Menteri Besar Datuk Osman Sapian.
Katanya, beliau kelmarin menghadiri perbincangan dianggotai semua menteri dan dipengerusikan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir, yang kemudian memutuskan penubuhan jawatankuasa khas diketuai menteri perumahan Zuraida Kamaruddin.
“Kita akan berbincang dengan jawatankuasa (isu pemilikan hartanah) dan buat masa ini adalah menjelaskan kenyataan dikeluarkan Yang Amat Berhormat (Dr Mahathir) (berkaitan larangan warga asing membeli hartanah Forest City) dengan menerangkan dasar dilaksanakan di Johor mengenai perkara itu.
“Mungkin Tun (Dr Mahathir) sendiri tidak faham sebab dalam kawasan IRDA (Pihak Berkuasa Wilayah Pembangunan Iskandar) dibuat ketika itu Tun tiada, kerana pada masa itu Pak Lah (Tun Abdullah Ahmad Badawi).
“Benda ini ada kaitan dan Tun mungkin tidak dapat maklum balas jelas dan kerajaan negeri akan melaporkan dasar sedia ada yang dilaksanakan,” beliau dipetik sebagai berkata oleh Berita Harian.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menyempurnakan perasmian pecah tanah pembinaan laluan persimpangan jalan raya di Gerbang Nusajaya di Iskandar Puteri, hari ini.
Mahathir Isnin lalu berjanji menghalang warga asing membeli hartanah di Forest City dengan mendakwa ia “dibina untuk orang asing” kerana rakyat Malaysia tidak mampu membelinya.
Forest City dibina syarikat China, Country Garden Holdings Company dengan usaha sama Sultan Johor, bandar itu dirancang seluas 13.86 kilometer persegi di atas pulau buatan.
Pemaju menjangkakan penduduk seramai 700,000 orang menjelang 2035, tetapi hartanah itu kebanyakan dipasarkan untuk orang asing.
Menjelang pilihan raya umum 9 Mei lalu, Mahathir berulang kali mengkritik perdana menteri ketika itu Datuk Seri Najib Razak kerana membenarkan pembinaan projek tersebut, dengan berkata ia akan mengubah demografi penduduk Johor.
Sementara itu, Osman berkata kerajaan Johor sentiasa mengalu-alukan kedatangan warga asing untuk melabur dengan membeli hartanah di negeri itu.
Bagaimanapun, katanya, pada masa sama kerajaan negeri tidak mengetepikan permintaan dan kehendak rakyat tempatan yang mahukan kediaman.
“Dasar yang dilaksanakan sebelum ini menetapkan harga kediaman bernilai RM1 juta kepada warga asing yang mahu membeli hartanah di sini, jika mata wang kita meningkat mungkin satu hari nanti kita naikkan nilai itu,” katanya.
Malaysiakini.

1 comments:

Unknown said...

Mohon maaf jika postingan ini menyinggung perasaan anda tapi saya hanya mau menceritakan pengalaman pribadi saya yang mengubah kehidupan saya menjadi sukses sekarang. dulu Saya bekerja di Singapura, tapi saya tidak menyerah dengan keadaan saya, tetap ikhtiar. Dulu pengen pulang ke indonesia tapi gak ada ongkos. sempat saya putus asa,gaji pun selalu di kirim ke indonesia untuk biaya anak sekolah, sedangkan hutang banyak, kebetulan buka-buka internet mendapatkan nomor whatsapp Mbah Suro +6282354640471 katanya bisa bantu orang melunasi hutang melalui jalan Pesugihan Dana Ghaib. dengan keadaan susah jadi saya coba beranikan diri hubungi dan berkenalan dengan beliau Mbah Suro, Dan saya menceritakan keadaan saya. Beliau menyarankan untuk mengatasi masalah perekonomian saya dengan Pesugihan Dana Ghaib nya. Dan alhamdulillah benar-benar terbukti nyata hasil nya sekarang. terima kasih banyak ya allah atas semua rerjekimu ini. Beliau juga bisa bantu seperti Pemasangan nomer Togel,pelet, dll



Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena