Tuesday 30 October 2018

[Video Tony Pua KANTOI kan Hasan Arifin di Parlimen! Bekas pengerusi PAC mengaku padam perkataan dalam laporan 1MDB] Washing machine mana pun tak boleh cuci, kotoran degil seperti hg pa lah! 'Laporan Jabatan Audit Negara berkenaan 1MDB telah DIPINDA'..Bukan masa saya, kata Hasan Arifin. Aikk, pulak!

Selasa, 30 Oktober 2018
Foto Otai BERSIH.
Washing machine mana pun tak boleh cuci, kotoran degil seperti hg pa lah!
Ttpi Parti Bunga ni lak nak kutip sampah sarap yang tak berguna..wtf..

Bukan masa saya, kata Hasan Arifin

Bekas pengerusi Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC), Datuk Seri Hasan Arifin berkata dakwaan laporan Jabatan Audit Negara berkenaan 1MDB telah dipinda tidak berlaku semasa zamanya.
Malah, kata Hasan yang ditemui pemberita di lobi parlimen hari ini, dirinya tidak tahu menahu tentang pendedahan yang dibuat Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) Wong Kah Woh di Dewan Rakyat, semalam.
“Oh itu (dakwaan timbalan pengerusi PAC), ia bukan masa saya dan saya pun tak tahu apa yang sebenarnya yang dimaksudkan oleh timbalan pengerusi PAC.
“Setahu saya apa yang dibentangkan kelmarin itulah yang kita dapat,” katanya.
Wong semalam memberitahu Dewan Rakyat bahawa laporan Jabatan Audit Negara berkenaan 1MDB telah diubah.
Beliau membuat dakwaan itu ketika perbahasan Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia ke-11 (KSP RMK-11) hari ini.
Menurut Wong, beberapa agensi penguatkuasaan seperti Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Bank Negara dan pejabat peguam negara "dilumpuhkan" oleh pentadbiran BN terdahulu ekoran skandal 1MDB.
Mengulas lanjut, Hassan berkata apa yang didedahkan Wong itu tidak jelas dan meminta pengerusi PAC sekarang, Datuk Ronald Kiandee untuk memberi penjelasan lanjut mengenainya.
“Kita minta pengerusi PAC untuk jelaskannya lebih lanjut,” katanya ringkas.
Pada tahun 2014 dan awal 2015, dakwaan tentang masalah dalam 1MDB serta kisah gaya hidup mewah ahli perrniagaan kontroversi, low Taek Jho atau lebih dikenali sebagai Jho Low menjadi perhatian dan mula memenuhi media antarabangsa.
Dakwaan utama yang menghimpit pentadbiran perdana menteri ketika itu, Datuk Seri Najib Razak, yang kemudiannya disahkan benar, adalah pindahan AS$700 juta daripada 1MDB kepada Good Star Ltd - syarikat yang didaftarkan di kepulauan Seychelles.
Syarikat itu kemudian diketahui dikawal oleh Jho Low.
Menjelang Mac 2015, Najib mengarahkan Jabatan Audit Negara untuk melakukan audit terhadap akaun 1MDB dan memberikannya kepada PAC untuk siasatan lanjut. Beliau berjanji proses itu akan berjalan dengan telus.
Laporan 500 halaman itu siap hampir setahun kemudian, tetapi kerajaan mengambil langkah mengklasifikasikannya sebagai rahsia - hanya untuk PAC sahaja.
Pentadbiran Najib kemudian mendakwa PAC - yang turut dianggotai pembangkang - telah membersihkan namanya daripada sebarang kesalahan, walaupun laporan itu membangkitkan banyak kejanggalan dalam urus niaga 1MDB.
Status rahsia laporan itu akhirnya dibatalkan pada 15 Mei, kira-kira seminggu selepas Pakatan Harapan menang dalam PRU ke-14.
Mk.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena