Monday 29 October 2018

[Video Syed Saddiq tegur Tan Kok Wai] '40 MP Lompat' Najib, Zahid, Azeez, Nazri tak boleh dan tak payah, kata Mukhriz...Betul lah tu..

Isnin, 29 Oktober 2018

Foto Suara Rakyat.
Betul lah tu.. jika
Najib masuk BERSATU...
Zahid masuk BERSATU...
Azeez masuk BERSATU...
Nazri pon masuk BERSATU...
..nanti rakyat ternganga mulut !!

Najib, Zahid, Azeez, Nazri tak boleh dan tak payah, kata Mukhriz

Timbalan Presiden BERSATU, Datuk Seri Mukhriz Mahathir mendedahkan parti itu bersedia untuk menerima sesiapa sahaja yang berminat, namun mereka perlu memenuhi beberapa syarat tertentu.
“Kita tidaklah terlalu terbuka sehingga individu seperti Ahli Parlimen Pekan (Datuk Seri Najib Razak), Bagan Datuk (Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi), Baling (Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim) dan Padang Rengas (Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz) nak masuk...
“(Mereka) itu tak bolehlah dan tak payahlah... kerana mereka ini dalam senarai yang tidak akan kami pertimbangkan (untuk sertai BERSATU).
“Jadi, bagi lain-lain (ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri) jika berminat untuk menyertai kita amat dialu-alukan dengan syarat mereka harus meninggalkan amalan yang tidak baik dan sihat ketika dalam Umno ,” katanya yang dipetik oleh portal Berita Harian Online.
Menurut Mukhriz, bagi memastikan BERSATU terus berintegriti dan relevan dalam kalangan masyarakat, parti itu sendiri sering mengadakan saringan terlebih dahulu.
Tindakan itu, katanya, bagi memastikan individu yang menyertai BERSATU bebas daripada sebarang amalan tidak baik yang dibawa daripada Umno.
“Kita masih kekalkan keterbukaan untuk menerima ahli baru termasuk ahli parlimen dan juga ADUN namun ia masih bersyarat kerana kita juga pun akan meneliti terlebih dahulu individu yang bakal menyertai parti ini menerusi saringan yang dilakukan.
“Seperti juga bekas pemimpin Umno, Datuk Seri Mustapa Mohamed di mana kita melihatnya seorang teknokrat yang terkenal, berwibawa dan professional di mana saya sendiri pernah berkhidmat sebagai timbalannya (Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri)...
“Saya tahu cara kerjanya dan tanpa berfikir panjang, kami menerima permohonannya untuk menerimanya sebagai ahli BERSATU sama seperti ahli yang lain,” katanya.
Sabtu lalu, Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi BERSATU, Datuk A Kadir Jasin memberitahu Malaysiakini, terdapat 40 ahli parlimen Umno kini sedang membuat pertimbangan dengan teliti untuk menyertai BERSATU.
Perkembangan itu berlaku selepas penarikan diri Datuk Seri Mustapa yang juga bekas pengerusi Umno Kelantan untuk menjadi ahli parlimen dan ADUN Bebas sebelum menyertai BERSATU.
Mukhriz yang juga Menteri Besar Kedah berkata, BERSATU kini sudah pun mempunyai 14 wakil dalam parlimen dan Pengerusi BERSATU, Tun Dr Mahathir Mohamad sudah pun menyatakan kesediaan untuk menerima sesiapa sahaja yang berminat untuk menyertai parti itu tetapi dengan memenuhi beberapa syarat tertentu.
Mk.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena