Gambar sekadar hiasan.
Kanak-kanak berusia 15 tahun ini telah membuat 1 laporan @PDRMsia Kangar/8014/18 bahawa dia telah DICABUL oleh seorang Ahli Parlimen yang merupakan bekas Menteri pada 20/10/2018 jam l/kurang 11.30mlm. Kenapa Ahli Parlimen tersebut belum ditangkap lagi? Ahli Parlimen bekas Menteri dari Perlis? Rasanya tau siapa dia ni - twitter sanjeevan
Tumpang sekole.
LFL: Tangkap bekas menteri jika dakwaan cabul ada asas
Polis perlu menahan bekas menteri yang didakwa mencabul seorang remaja perempuan jika dakwaan itu didapati berasas, kata pengarah eksekutif Lawyers for Liberty (LFL) Latheefa Koya.
Beliau berkata keputusan pelajar berusia 15 tahun itu untuk menarik balik laporan polisnya merupakan perkara yang cukup membimbangkan.
Latheefa mengulas kenyataan Ketua Polis Perlis SAC Noor Mushar Mohamed bahawa remaja itu berbuat demikian sehari selepas membuat laporan, minggu lalu.
"Apa yang sangat meragukan dan pelik adalah Noor Mushar mendakwa pengadu telah menarik balik laporannya.
"Ini membingungkan kerana laporan polis berkenaan jenayah tidak boleh ditarik balik. Ia perlu disiasat. Undang-undang dan prosedur mana yang dirujuknya?" soalnya dalam kenyataan.
Jika remaja itu membuat laporan tanpa asas, katanya lagi, polis mesti menentukan apakah yang menyebabkan dia membuat dakwaan serius seperti itu.
"Pada masa sama, jika laporan itu berasas, tanpa mengira sama ada ia telah ditarik balik, mengapa pelaku atau suspek masih bebas? Polis perlu bertindak segera untuk mendapatkan bukti, termasuk menahan suspek yang dinamakan remaja itu.
"Jelas hal yang melibatkan serangan seksual terhadap remaja ini melibatkan kepentingan awam, dan menjadi lebih serius kerana dikatakan melibatkan seorang ahli politik," katanya lagi.
Dalam pada itu, Latheefa menggesa kementerian wanita, keluarga dan pembangunan masyarakat agar segera mengesan remaja itu dan menjamin dia mendapat bantuan, kaunselin dan perlindungan yang sepatutnya.
Terdahulu, Noor Mushar memberitahu Malaysiakini bahawa Bahagian Siasatan Seksual, Wanita dan Kanak-kanak Bukit Aman akan mengambil keterangan bekas menteri daripada Umno itu esok.
Beliau turut berkata polis tetap menyiasat kes itu walaupun laporan sudah ditarik balik.
Mk.
0 comments:
Post a Comment