Monday 29 October 2018

[Video Masuk Bersatu? Kami ada maruah - Hishammuddin] 40 mandi bunga sekalu gus...Alang2 ko nak amek 40 MP, KAUT sekali Najib & Rosmah boleh jugak disucikan dgn upacara mandi munge 7 tempayan & PM ulangi lebih ramai 'jerung besar' bakal diheret ke mahkamah & Jgn lak bila jerung tu dah join Parti Bersatu terus jadi suci atok weii!

Selasa, 30 Oktober 2018
40 mandi bunga sekali gus...
Image result for Gambar mandi bunga
Related image
IT was wet. It was messy. It was fun. And it was art.
Foto Otai BERSIH.
Oiii Parti BERSATU! alang2 ko nak amek 40 MP penyamun tu, bawak sekali Najib & Rosmah...
boleh jugak disucikan dgn upacara mandi munge 7 tempayan...
Image may contain: 18 people, people smiling, text

Jerung besar cuma Najib, Zahid, Irwan Serigar, Rosmah, Azeez Rahim. Ku Nan, Hishamuddin, Shahrir Samad, Isa Samad, lembaga pengarah 1MDB, Wahid Omar, Jamil Khir Baharom, seluruh kabinet Najib yg lepas bila lagi? Jgn lak bila jerung tu dah join Parti Bersatu terus jadi suci atok weii!

PM ulangi lebih ramai 'jerung besar' bakal diheret ke mahkamah

Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad memberi jaminan bahawa kerajaan Pakatan Harapan (HARAPAN) akan terus mencari dan mengheret lebih ramai ‘jerung besar’ yang terbabit dengan rasuah pada zaman pentadbiran kerajaan BN terdahulu.
“Akan ada ramai lagi orang akan diheret. Tetapi, sekarang kita terpaksa memberi fokus terhadap beberapa orang terlebih dahulu kerana kekurangan pegawai.
“Jadi, kita tidak boleh berurusan dengan ramai orang yang terbabit dengan rasuah pada zaman pentadbiran kerajaan terdahulu.
“Buat masa sekarang, kita ‘kejar’ jerung besar terlebih dahulu. Tetapi untuk heret mereka, kena kumpul cukup bukti untuk heret ke mahkamah keadilan dan kemudiannya tindakan boleh diambil,” katanya dalam sidang media selepas menyampaikan ucaptama dan merasmikan Sidang Kemuncak Anti Rasuah 2018 di Kuala Lumpur, hari ini.
Sambil mengakui ia bukan kerja mudah kerana memerlukan bukti untuk mengheret mereka muka keadilan, Dr Mahathir berkata, kerajaan juga menghadapi kekangan dari segi pegawai untuk menjalankan tugas itu.
ementara itu, Dr Mahathir pada ucap tama pada Persidangan Anti-Rasuah 2018 di Kuala Lumpur, hari ini mengajak setiap orang agar berganding bahu membantu kerajaan memerangi gejala rasuah.
Beliau berkata, orang ramai tidak perlu takut untuk melaporkan kes rasuah kepada pihak berkuasa, dengan memberi jaminan bahawa langkah mereka itu tidak akan dikenakan sebarang tindakan.
“Kami memerlukan sokongan rakyat. Rakyat hendaklah memahami bahawa rasuah sesuatu yang tidak baik untuk mereka. Oleh itu, mereka perlu memainkan peranan dalam menghapuskan rasuah.
“Jika terdapat sebarang bukti rasuah dalam kerajaan, kami berharap orang ramai dapat menyatakannya dan memberitahu kepada pihak berkuasa bahawa terdapat pegawai rasuah dalam kerajaan,” katanya.
Beliau juga menekankan akan kepentingan dan kerjasama orang ramai dalam membasmi rasuah adalah amat penting memandangkan kerajaan bergantung kepada orang ramai untuk membantu mereka mengenai sebarang amalan rasuah yang mungkin menjejaskan mereka.
Dr Mahathir berkata pada masa yang sama, orang ramai hendaklah menyedari bahawa rasuah adalah satu jenayah dan mereka perlu jauhi perilaku rasuah seperti cuba memberi rasuah kepada pegawai untuk mendapatkan kelulusan sesuatu yang mereka kehendaki.
“Ini harapan kami agar seluruh negara ini dapat dididik dalam membasmi rasuah.
"Ini bermakna kita perlu mempunyai standard yang tinggi dalam sistem penilaian kita, kita hendaklah menolak rasuah dan sebagai satu bentuk jenayah yang tidak memberi faedah kepada sesiapa pun. Kita berharap orang ramai dapat menunjukkan sokongan mereka dalam membasmi rasuah, dan apabila para pegawai dan jentera kerajaan dibersihkan, ia akan dapat mengurangkan rasuah walaupun tidak menghapuskan sama sekali,” katanya.
Perdana Menteri berkata, sejak Pakatan Harapan memegang tampuk pemerintahan berikutan kemenangan pada PRU ke-14, kerajaan berjanji untuk memerangi rasuah.
Beliau berkata, dengan mengasingkan kuasa dalam kalangan pegawai perundangan, eksekutif dan kehakiman dan membasmikan rasuah, kerajaan juga akan memastikan bahawa ketiga-tiga badan berkenaan akan saling bantu membantu antara satu sama lain.
Mk.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena