Saturday 27 October 2018

[Video Dr M: Apa jenis kebodohan ini! Rundingan 'projek mega' era Najib UmnoBN dengan syarikat China] 'Berlian Merah Jambu' Najib petik putera UAE pulak! Muhyiddin-Ahli Parlimen Umno jumpa saya & 40 Ahli Parlimen Umno timbang lompat parti! Uisss hu baya...

Sabtu, 27 Oktober 2018
Image result for Gambar berlian merah jambu
Kes Rantai Berlian Merah Jambu Rosmah.
Foto Otai BERSIH.
Dah dia petik putera UAE pulak... Sampai bila nak menipu ni..? Penipuan tidak akan dapat menutup satu lagi penipuan yang lain. Kisah derma dari Arab Saudi pon dah kantoi dengan penjelasan Menteri Luar Arab Saudi. 
Sekian...

Ahli Parlimen UMNO jumpa saya - Muhyiddin

PAGOH: Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU), Tan Sri Muhyiddin Yassin mendedahkan beberapa Ahli Parlimen UMNO menemuinya bagi mendapatkan pandangan politik semasa, selain meneliti hala tuju parti berkenaan.
Bagaimanapun Muhyiddin yang juga Menteri Dalam Negeri, enggan mengesahkan berapa ramai Ahli Parlimen UMNO yang berbuat demikian dan hanya berseloroh mengira dengan jari apabila ditanya pemberita.
“Ya mereka (Ahli Parlimen UMNO) ada datang berjumpa saya bertanyakan pandangan mengenai politik dan hala tuju BERSATU namun mereka belum membuat keputusan sama ada mahu menyertai BERSATU atau sebaliknya.
“Kita seperti awal-awal dulu, terbuka kepada sesiapa sahaja yang berminat termasuk dari UMNO sama ada mereka yang berjawatan atau ahli biasa jika mahu menyertai BERSATU.
BH Online.

40 Ahli Parlimen UMNO timbang lompat parti

JOHOR BAHRU: Seramai 40 Ahli Parlimen UMNO dipercayai akan meninggalkan parti itu bagi menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) tidak lama lagi.
Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi BERSATU, Datuk A Kadir Jasin, berkata pihaknya tidak menafikan ada antara mereka mempunyai isu atau terdedah untuk disiasat.
Beliau berkata, hasrat untuk menyertai BERSATU tidak seharusnya menjadi langkah untuk mereka menyelamatkan diri kerana semua pihak perlu mematuhi undang-undang.
“Posisi mereka dalam UMNO yang berpotensi menyertai BERSATU bukanlah sama seperti Datuk Seri Mustapa Mohamed yang memegang kedudukan penting dalam parti dan kerajaan.
“Sesiapa saja yang ingin menyertai BERSATU terikat kepada syarat dan tiada keistimewaan diberikan.
BH Online.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena