Kononnya 40 MP UMNO akan lompat pagar berpaut pada Bersatu. Kalau ini berlaku bermakna Bersatu ada 13 + 40= 53MP. Dengan sendirinya Bersatu dapat gerhana PKR yang presidennya sedang meroyan hendak jadi PM ke-8. Anwar mungkin tidur tak lena , lupa Sukma, Azizan dan Saiful, mengenangkan harapannya tinggal angan-angan.
Takdirnya berlaku perpecahan kepimpinan dalam PKR antara Anwar dengan Azmin maka kabilah Azmin akan berjihrah ke Bersatu. Anwar berputih mata sebab mimpi jadi PM rupa=-rupanya kekal sebagai mimpi.
UMNO pocik. Mantra bomoh Ponorogo tak makbul. Heretlah anak dan cucu dalam roadshow mengemis sokongan rakyat pasti terhalang. Kalau dia punya dua surat beranak, Indonesia dan Malaysia, tentulah rakyat curiga tentang kesetiaannya.
Berbagai muka napoh, para koruptor yang tercokol sebagai MKT UMNO membawa sial pada parti. Hari ini rakyat mahu melihat Najib, Rosmah, anak Rosmah, Riza Aziz, Zahid dan beberapa koruptor kelas jerung dan naga bunting bermukim di Sg Buloh dan Kajang dan reput di sana.
Yahaya Ismail
Pemasangan kerusi bayi diwajibkan tahun 2020
KUALA LUMPUR - Kerajaan akan mewajibkan peraturan pemasangan kerusi keselamatan bayi dalam setiap kereta persendirian pada tahun 2020, kata Menteri Pengangkutan Anthony Loke Siew Fook.
Beliau berkata sebelum ia dilaksanakan secara mandatori, pihaknya akan menjalankan beberapa program kesedaran tentang kepentingan kerusi keselamatan bayi kepada orang ramai sepanjang tahun 2019.
"Sepatutnya, perancangan untuk mewajibkan pemasangan kerusi keselamatan bayi adalah pada tahun ini tetapi selepas perbincangan dengan Miros (Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia), kami dapati industri ini belum bersedia (dari segi ) tidak cukup bekalan, tidak cukup stok dan kami juga mahu memastikan kos (kerusi bayi) lebih mampu (untuk pembeli),” katanya.
Katanya pihaknya telah mengemukakan cadangan kepada Kementerian Kewangan (MOF) agar tidak mengenakan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) terhadap pembelian kerusi keselamatan bayi supaya harganya lebih murah.
"Diharapkan MOF menerima cadangan kami dan sekiranya terdapat sebarang pengumuman positif, kami berharap ia akan diumumkan Jumaat ini,” kata Loke.
SH.
0 comments:
Post a Comment