Friday 26 October 2018

[Video Lokman Adam Mengamuk! Umno lawan Umno, dah habis DEDAK ke?] Logikkan PEMBANGKANG PEMBANGANG? Bodohnya Lokman samakan Zahid dengan fitnah ke atas nabi & Usah dilayan Lokman Adam - Asyraf Wajdi. Kah3.

Jumaat, 26 Oktober 2018
Foto Suara Rakyat.
LOGIK PEMBANGKANG PEMBANGANG...
Bila PH tak dakwa Najib kata PH fitnah, takder bukti, sembang lebih..
Bila PH dah dakwa, dikatanya dendam politik, zalim..
#PembangkangHabisModalBodohAbadi

Anggota Majlis Tertinggi Umno, Datuk Lokman Adam dibidas kerana menyamakan pendakwaan terhadap presiden parti itu dengan fitnah terhadap Nabi Muhammad.
Pemimpin Umno Johor, Datuk Md Jais Sarday menyifatkan kenyataan Lokman sebagai bodoh dan memalukan parti itu.
"Saya nasihatkan @LokmanAdam supaya tak bercakap mengikut nafsu seandainya tak cukup ilmu.
"Menyamakan presiden yang didakwa di mahkamah dengan fitnah yang dilempar kepada nabi adalah suatu kebodohan - Muhammad SAW itu maksum. Ia hanya memalukan Umno kerana saudara pimpinan tertinggi parti," kata Jais di Twitter.
Tweet itu turut diulang oleh anggota parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin.
Ketua Umno Kluang itu merujuk kenyataan Lokman malam tadi yang menuntut agar ketua Pemuda Umno, Asyraf Wajdi Dusuki meletakkan jawatan.
Mk.

Usah dilayan Lokman Adam - Asyraf Wajdi

Datuk Asyraf Wajdi Dusuki enggan melayan tuntutan anggota Majlis Tertinggi (MT) Umno Datuk Lokman Noor Adam supaya beliau meletakkan jawatan sebagai ketua pemuda.
Bercakap kepada Malaysiakini, Asyraf mempersoalkan kelayakan Lokman untuk membuat gesaan tersebut.
"Tanya dia (Lokman) balik, dia pemuda (Umno) ke? Tak apalah, tak perlu layan sangatlah dia tu.
"Keputusan yang dibuat semalam bukan datang daripada saya seorang, sebaliknya sebulat suara dalam mesyuarat semalam dan saya tetap dengan pendirian itu," katanya.
Kritikan keras Lokman itu dibuat selepas Asyraf semalam menggesa Zahid supaya bercuti kerana berdepan pertuduhan di mahkamah.
Perkara itu diumumkan selepas mesyuarat pemuda Umno di ibu negara semalam.
Mk.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena