Tuesday, 23 October 2018

[Video 60 SAAT: Teksi vs Grab, apa kesudahannya?] Perasmian Amanah di Cheras! Alamak ada Alfadil Ayah Rani Kulop, dah tak join Ameno Najib ke tok yah? SPRM tahan Najib lagi, dan Irwan Serigar esok & Teksi akan ditelan Grab atau TEKSI PERLU 'DIGRABKAN'?

Selasa, 23 Oktober 2018
Foto Otai BERSIH.
Perasmian Amanah di Cheras..
Anda zoom.. Anda pandang dan anda nilai..
Bangga sunngggguuuuuuhhh aku...

Abd Halim Alamak ada Alfadil Ayah Rani Kulop.. dah tak join ameno najib ke yah?
Foto Otai BERSIH.
Macai jangan risau lagi, Najib dah berteman..😁
PUTRAJAYA - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dijangka akan menahan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan bekas Pengerusi Syarikat 1MDB, Tan Sri Irwan Serigar Abdullah, esok.

Menurut sumber kepada Sinar Harian, kedua-dua mereka dikehendaki hadir ke Ibu Pejabat SPRM di sini esok, kira-kira jam 2 petang berhubung siasatansuruhanjaya itu terhadap skandal urusan 1MDB dengan firma pelaburan Abu Dhabi, International Petroleum Investment Company (IPIC).

Kedua-dua mereka juga dilaporkan akan didakwa di Mahkamah Kuala Lumpur untuk pendakwaan, Khamis ini.

Sebelum ini akhbar tempatan melaporkan Najib dijangka berdepan sekurang-kurangnya empat lagi pertuduhan minggu ini berkaitan dengan urusan 1MDB dengan IPIC.
http://www.sinarharian.com.my/nasional/sprm-tahan-najib-irwan-serigar-esok-1.895534

TEKSI AKAN DITELAN GRAB ATAU TEKSI PERLU 'DIGRABKAN'?

Polemik berkaitan perkhidmatan teksi dan e-hailing khususnya Grab tiba-tiba menjadi perbualan hangat di mana-mana dalam dua tiga hari kebelakangan ini.

Ia bermula apabila sekumpulan kecil pemandu teksi bertindak kurang sopan, menjerit-jerit dan meninggalkan majlis dalam suatu program dialog bersama Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad di Langkawi Sabtu lalu.

Berikutan itu Tun Mahathir yang seperti kesal dan merajuk lantas menawarkan diri untuk meletakkan jawatan jika cakapnya untuk mencari penyelesaian dan mewujudkan persaingan yang adil antara teksi dan Grab tidak mahu didengari.

Susulan daripada sikap kurang sopan yang ditunjukkan oleh pemandu-pemandu teksi terhadap seorang Perdana Menteri itu, kemudiannya bertimbun-timbun kecaman dilontarkan terhadap golongan itu, termasuk oleh beberapa bekas menteri.

Rata-ratanya melihat pemandu teksi sebagai golongan yang tidak mahu berubah dan hanya tahu mendesak agar kerajaan memenuhi tuntutan mereka menghapuskan perkhidmatan Grab yang merupakan saingan kepada perkhidmatan teksi.

Realitinya, Grab adalah perkhidmatan yang sudah diterima di seluruh dunia, malah sangat dialu-alukan oleh orangramai kerana ia lebih mudah, murah, mesra dan tiada karenah menolak pelanggan atas alasan jalan sesak,  destinasi yang jauh, nak bertukar shif dan seumpamanya.

Kajian atau undian awam melalui pelbagai medium media sosial jelas memperlihatkan kira-kira 95 peratus pengguna lebih memilih perkhidmatan Grab berbanding teksi.

Janji Tun Mahathir bahawa kerajaan sedang merangka dasar untuk mewujudkan persaingan yang adil antara teksi dan Grab seharusnya dialu-alukan oleh pemandu teksi, malahan tempoh masa setahun yang dijanjikan oleh Menteri Pengangkutan, Anthony Loke untuk peraturan baru berkaitan perkhidmatan e-haling dikuatkuasakan sepenuhnya, hendaklah juga ditunggu dengan penuh kesabaran.

Peraturan baru yang ditetapkan itu ialah menghendaki pemandu e-hailing memiliki lesen Perkhidmatan Kenderaan Awam atau PSV, pemeriksaan kenderaan berkala di Puspakom serta perlindungan insurans.

Dalam hal ini, sementara diakui bahawa perkhidmatan Grab tidak mampu dihalang kewujudannya, pemandu atau syarikat-syarikat teksi juga seharusnya bertindak proaktif dalam usaha memastikan kelangsungan perkhidmatan mereka tidak pupus ditelan zaman yang sentiasa bergerak pantas, sekaligus menjadikan rezeki untuk menanggung keluarga tidak putus di pertengahan jalan.

Sikap pemandu teksi yang tidak putus-putus mendesak kerajaan memenuhi kehendak mereka agar menghapuskan Grab, tetapi mereka sendiri tidak mahu berubah dan masih ditakuk lama,  adalah sesuatu yang sangat dikesali.

Mereka seharusnya mengambil iktibar daripada tenggelamnya jenama Nokia, Motorola dan Blackberry kepada Iphone dan Samsung disebabkan lambat atau tidak mahu cepat berubah seiring dengan keinginan atau peredaran semasa.

Pemandu teksi seharusnya duduk berbincang dengan kerajaan atau sesama sendiri untuk sentiasa tampil lebih baik dalam memberi perkhidmatan kepada masyarakat.

Daripada menjerit-jerit nak jatuhkan kerajaan atau minta menteri letak jawatan, pemandu teksi sepatutnya menjadikan kehadiran Grab untuk mereka lebih ligat berfikir bagaimana untuk  berubah dan tidak terus dikongkong oleh gaya pemikiran analog.

Oleh kerana pengguna mahukan perubahan dan lebih memilih Grab iaitu suatu perkhidmatan yang mudah digunakan melalui aplikasi dalam telefon pintar di tangan, pemandu teksi sebaik-baiknya turut sama berubah ke arah itu.

Mereka mesti pantas “mengGrabkan” perkhidmatan teksi yang sedia ada dengan membangunan aplikasi sendiri supaya dapat sama-sama bersaing dengan perkhidmatan e-hailing yang lain.

Sehingga ini terdapat satu aplikasi e-hailing yang dikenali “CALLME” yang dibangunkan oleh Pertubuhan Pemandu dan Pengusaha Teksi/Limosin dan Kereta Sewa Malaysia atau Petekma bersama Angkasa yang dilancarkan tidak lama sebelum ini.

Namun demikian, majoriti pemandu atau pengusaha teksi masih lagi bebas dan tidak terikat atau belum sedia mewujudkan apa-apa aplikasi, sebaliknya kekal berkeliaran atau menunggu di tepi-tepi menanti penumpang seperti gaya lama.

Dengan dunia yang sudah berubah, pemandu dan pengusaha teksi juga  tiada pilihan lain selain berubah sama dengan sedia bersaing membangunkan aplikasi sendiri agar perkhidmatan mereka mampu bergerak maju serta berkembang seiring dengan peredaran zaman.

Kementerian Pengangkutan difahamkan sangat mengalu-alukan dan sedia membantu pengusaha atau pemandu teksi yang mahu berubah untuk membangunkan aplikasi sendiri bagi menawarkan perkhidmatan yang lebih baik kepada pengguna.

Cuma, sebaik ada aplikasi itu nanti, sikap dan perangai pemandu teksi hendaklah juga berubah sama.

Mereka mesti bersikap mesra pelanggan, tidak memilih penumpang, bersopan dan tidak kurang pentingnya, kereta yang digunakan juga hendaklah sentiasa bersih, kemas serta berbau wangi. (ShahbudinHusin 23/10/2018)

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena