Saturday 27 October 2018

[Video Temubual dengan Al-Jazeera - Najib bangkit cabut lari (lihat minit 23.22)] Lepas lawatan Adel, elemen Arab Saudi dalam kes 1MDB masih misteri & Bintang Hollywood, Scarlett Johansson enggan terima dana tokoh Arab Saudi.

Ahad, 28 Oktober 2018
Tembual dengan Al-Jazeera - Najib nak cabut lari ( lihat minit 23.22)
Jibby sangka tembual dengan Al-Jazeera tu cam temubual dgn RTM1,2 TV3,ada skrip boleh ikut  sebaliknya soalan2nya tajam sampai terangkat Jibby tak tahan pedih dan panas hingga dia nak cabut lari...ha!ha!ha!... 
Tumpang sekole.
Bekas perdana menteri, Datuk Seri Najib Razak meninggalkan sesi wawancara bersama Al Jazeera selepas ditanya mengenai pelbagai tuduhan terhadapnya. 

Pengacara program 101 East, Mary Ann Jolley meminta Najib menjawab pelbagai tuduhan daripada isu 1MDB, berlian merah jambu milik isterinya Datin Seri Rosmah Mansor kepada kes pembunuhan Altantuyaa Shaaribu, Hussain Najadi dan Kevin Morais. 

Najib yang kelihatan bengang akhirnya meminta Jolley beralih kepada soalan ekonomi, tetapi apabila pengacara itu tidak berbuat demikian, beliau bangun dan mengancam untuk meninggalkan sesi wawancara itu. 

"Bolehkah kita pergi ke ekonomi? Kita telah habiskan terlalu banyak masa, jika tidak, saya akan keluar - tak lagi, tak lagi, tolonglah. Itu saja, saya sudah selesai," katanya sambil berdiri. 

"Jika anda mahu bercakap mengenai ekonomi, saya akan duduk," katanya. 

Apabila Jolley bertegas untuk meneruskan wawancara itu, Najib, yang sedang berdiri meninggikan suaranya. 

"Tolonglah, kamu tidak adil kepada saya. Saya telah selesai bahagian saya dan saya tidak akan bertahan lagi untuk ini," katanya. 

Jolley kemudian bersetuju bercakap mengenai legasi yang ditinggalkan Najib dan bekas perdana menteri itu kemudian mengambil tempat duduknya semula. 
Mk.

Lepas lawatan Adel, elemen Arab Saudi dalam kes 1MDB masih misteri

Kenyataan Menteri Luar Arab Saudi, Adel Ahmed Al-Jubeir pada 2016 bahawa kemasukan berbilion ringgit dalam akaun bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak merupakan 'sumbangan tulen' daripada kerajaannya, kembali menjadi tumpuan susulan lawatannya selama tiga hari ke Malaysia.
Adel dikatakan membuat "pusingan U" selepas Menteri Luar Datuk Saifuddin Abdullah mendedahkan bahawa rakan sejawatannya itu menafikan wang tersebut berasal daripada kerajaan Arab Saudi..
Dalam temu bual yang diterbitkan di New York Times pada 5 Februari 2016, Adel berkata beliau tidak fikir wang dalam akaun Najib itu datang dari kerajaan Arab Saudi atau derma politik.
"Ia adalah dari warga Arab Saudi, saya percaya, dan dana itu pergi ke pelaburan di Malaysia," katanya.
Bagaimanapun, dua bulan kemudian, selepas mengadakan pertemuan dengan Menteri Luar Anifah Aman di Istanbul pada 14 April 2016, Adel (gambar) menjelaskannya sebagai "sumbangan tulen".
"Kami sedar derma itu dan ia adalah tulen dengan tiada apa yang diharapkan sebagai balasannya.
"Kami juga menyedari sepenuhnya bahawa Peguam Negara Malaysia telah menyiasat perkara itu dengan teliti dan mendapati tidak ada salah laku. Jadi setakat yang kami tahu, perkara itu telah ditutup," katanya.
Mk.

Scarlett enggan terima dana tokoh Arab Saudi

Bintang Hollywood, Scarlett Johansson dilaporkan menolak dana yang ingin disalurkan tokoh berpengaruh di Arab Saudi, Mohammed Salman untuk projek filem terbarunya.
Memetik laporan Middle East Monitor, Scarlett dijangka menjayakan kisah biopik wartawan yang pernah memenangi Anugerah Pulitzer, Lynsey Addario, arahan Ridley Scott.
Pelakon itu memberi persetujuan awal untuk membawa watak berkenaan tetapi menolaknya selepas mengetahui Mohammed antara seorang daripada pemberi dana berkenaan.
Penolakan Scarlett didedahkan dalam satu wawancara yang berlangsung antara Lynsey dengan Nicholas Kristof dari New York Times.
Lynsey memberitahu Kristof bahawa Scarlett tidak mahu mempunyai kaitan dengan Mohammed yang lebih dikenali dengan gelaran MBS sebaik menghidu pembabitannya dalam projek terbabit.
“Scarlett menegaskan dia tidak sama sekali ingin turut serta. Lelaki itu 'menyebabkan' perang di Yaman selain membuatkan wanita dipenjara.
“Beliau menyatakan hasrat untuk menjadi seorang daripada pembiaya sebelum berlakunya pembunuhan kejam ke atas wartawan Jamal Khashoggi,” kata Lynsey dalam sesi temubual dengan Kristof.
Kali terakhir Khashoggi dilihat sebelum meninggal dunia adalah pada 2 Oktober lalu apabila beliau pergi ke pejabat konsulat Saudi di Istanbul bagi mengambil dokumen berkaitan perkahwinannya.
Pihak berkuasa Turki mendakwa pembunuhan Khashoggi dirancang oleh pegawai Saudi sebelum dia masuk ke pejabat konsulat untuk dibunuh dan mayatnya dikerat-kerat serta wajahnya dicacatkan.
Pihak berkuasa Saudi pada awalnya menafikan tahu mengenai kematian Khashoggi tetapi kemudian mendakwa beliau terbunuh dalam pergaduhan di pejabat konsulat itu.
Kejadian itu mencetuskan kritikan pihak antarabangsa dan krisis diplomatik terhadap negara itu.
Sementara itu, Lynsey turut mengulas pendapatnya terhadap kemungkinan mengapa Mohamed ingin membabitkan diri dalam projek berkenaan.
“Saya tidak pernah berjumpa dengannya. Tetapi firasat saya menyatakan mungkin filem biopik itu mempunyai pesona kempen yang hebat.
“Dan fakta MBS mahu Barat melihat beliau mempunyai minat terhadap Hollywood. Adakah saya mahu beliau mempunyai kaitan dengan filem ini? Sudah tentu tidak. Dan nasib baik beliau tidak terbabit,” katanya.
Pendirian Scarlett menentang Mohamed mungkin memalukan beberapa selebriti yang lain.
Mohamed bercita-cita untuk menjadi individu yang memainkan peranan utama di Hollywood sebagai sebahagian daripada kempen untuk mendapatkan sokongan kepadanya.
Pada April lalu, Mohamed juga dilaporkan berkunjung ke Hollywood untuk berjumpa bintang seperti Dwayne Johnson dan Oprah Winfrey dalam satu majlis makan malam tertutup di Murdock, AS.
Mk.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena