Wednesday 31 October 2018

[Video Erk eleh, kata2 PENJILAT Najib! Jangan sesiapa cuba untuk menumbangkan Umno] Sejak TUMBANGNYA Umno pd PRU14 dah berkali2 Datuk Jamal Yunos kena bayar saman kerana kerjaya beliau memfitnah! Najib hadir pengurusan kes bagi 32 pertuduhan jenayah.

Rabu, 31 Oktober 2018
Aksi Penjilat... 
Image may contain: 18 people, people smiling, text
Foto Suara Rakyat.
Sejak tumbangnya BN pada PRU14, dah berkali2 Datuk Jamal Yunos kena bayar ganti rugi/ saman kerana kerjaya beliau memfitnah.

KENAPA INI BERLAKU?
KENAPA ketika UMNO berkuasa dulu tiada siapa berani nak sentuh samseng UMNO ini 

Mahkamah arah Jamal bayar RM300,000 pada Maria


Mahkamah Tinggi hari ini memutuskan ketua bahagian Umno Sungai Besar Datuk Seri Jamal Md Yunos bersalah kerana memfitnah bekas Pengerusi BERSIH 2.0, Maria Chin Abdullah dan memerintahkan beliau membayar ganti rugi sebanyak RM300,000.
Hakim Datuk Mohd Zaki Abdul Wahab juga memutuskan Jamal gagal dalam pembelaan perlindungan bersyarat.
"Mahkamah memerintahkan Jamal membayar ganti rugi RM300,000," kata hakim itu.
Selain itu Zaki juga memerintahkan Jamal membayar kos sebanyak RM40,000.
Jamal sebelum ini mendakwa BERSIH dipengaruhi oleh elemen Islamic State (IS).
Mk.

Najib hadir pengurusan kes bagi 32 pertuduhan jenayah

Bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak tiba di Kompleks Mahkamah Tinggi Kuala Lumput pada pukul 2.40 petang bagi menghadiri pengurusan kes berhubung 32 dakwaan jenayah yang dihadapinya.
Memakai sut kelabu, Najib tiba menaiki Proton Perdana hitam ditemani beberapa pegawainya.
Beliau disambut kira-kira 30 penyokongnya, yang kebanyakannya memakai baju-T hitam yang tertera perkataan 'Rule Of Law-Hentikan Tahanan Politik', sambil melaungkan slogan 'hidup Najib'.
Antara penyokong Najib yang kelihatan adalah pelakon Ellie Suriatie dan bekas pegawai khas Najib, Hizatul Isham Abdul Jalil.
Mk.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena