Wednesday 31 October 2018

[Video Keterangan Deepak tentang Najib, Rosmah sudah diambil] Mahkamah kekalkan perintah Razman bayar RM200,000 kepada Nizar.

Khamis, 1 November 2018
Foto Suara Rakyat.
IPOH, 1 Nov : Mahkamah Tinggi Ipoh membuat keputusan menolak rayuan Bendahari PAS Pusat, Razman Zakaria dengan kos RM5,000 dan mengekalkan keputusan Mahkamah Sesyen Ipoh sebelum ini yang memerintahkan Razman membayar RM200,000 kepada Timbalan Pengerusi AMANAH Perak, Dato' Seri Ir Mohammad Nizar Jamaluddin.

"PAS TOLAK POLITIK FITNAH", kata Ketua Penerangan PAS Pusat, Nasrudin Hassan.
HAR.. HAR.. HAR..

'Level' tinggi lebai wala' Pesuruhjaya PAS Perak camni pon kaki fitnah tegar ka ??!
Tu blom kira lagi walaun2 yg di bawahnya...
Takbirrrr...
Mahkamah kekalkan perintah Razman bayar RM200,000 kepada Nizar

Mahkamah kekalkan perintah Razman bayar RM200,000 kepada Nizar

Mahkamah Tinggi Ipoh hari ini membuat keputusan menolak rayuan Bendahari Pas Pusat, Razman Zakaria dengan kos RM5000 dan mengekalkan keputusan Mahkamah Sesyen Ipoh sebelum ini yang memerintahkan Razman membayar RM200,000 kepada Timbalan Pengerusi AMANAH Perak, Datuk Seri Ir Mohammad Nizar Jamaluddin.
Pesuruhjaya Pas Perak itu didapati bersalah memfitnah Mantan Menteri Besar Perak itu dalam satu rencana yang disiarkan akhbar Sinar Harian edisi Perak bertarikh 2 Jun 2015 bertajuk “Pendekatan Nizar Mirip DAP”.
Walaubagaimanapun peguam Razman memohon agar bayaran ganti rugi sebanyak RM200,000 ditangguhkan kerana pihak Razman ingin merayu keputusan tersebut di Mahkamah Rayuan.
Saman itu difailkan oleh Mohammad Nizar, dua tahun lalu.
Mohamad Nizar memfailkan saman itu terhadap dua perenggan dalam artikel akhbar berkenaan yang mengaitkannya sebagai menyokong konsep negara sekular yang diperjuangkan DAP.
Plaintif diwakili oleh Asmuni Awi dan Fitri Asmuni manakala defendan diwakili oleh Mohd Zamri Ibrahim dan Ahmad Azhar Sharin.
MD.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena