Chin Tong berkata, tindakan segelintir pihak yang hanya mahu memperbesarkan isu itu dengan menularkannya dalam laman sosial media dianggap tidak bertanggungjawab.
"Itu pakaian korporat kementerian dan bukan saya sahaja yang pakai tetapi Menteri Pertahanan, Mohamad Sabu juga pakai kerana kami adalah rakyat biasa tidak perlu memakai uniform tentera.
"Itu keputusan bersama yang diambil kerana kami tidak melalui kesukaran serta terlibat dalam latihan ketenteraan jadi kami tidak layak memakai pakaian seragam tentera walaupun menteri," katanya pada sidang akhabr selepas merasmikan upacara peletakan lunas Kapal Tempur Pesisir (Littoral Cobat Ship)TLDM ke-empat (LCS4) di Limbungan Boustead Naval Shipyard (BNS) di sini hari ini.
Chin Tong berkata, pakaian seragam Kementerian Pertahanan itu diguna pakai untuk kakitangan bukan tentera dan rakyat mungkin tidak mengetahui perkara berkenaan sehingga timbul salah faham yang mendakwa pakaian itu seakan pakaian komunis.
Kosmo Online