Thursday 25 October 2018

[Video Speaker: Kinabatangan DAH BERTAUBAT, Pasir Salak BELUM LAGI..Tajuddin: You're laughing, I don't like it] Adun Kuala Pilah sakit, mungkin terkena ilmu hitam & Najib, Rosmah didoakan agar 'selamat seperti Nabi Nuh'.

Khamis, 25 Oktober 2018
Image result for gambar bomoh teropong
Adun Kuala Pilah sakit, mungkin terkena ilmu hitam
SEREMBAN: Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Parti Keadilan Rakyat (PKR) Mohamad Nazaruddin Sabtu dikaitkan terkena ilmu hitam selepas jatuh sakit sejak Mei lalu.
Pegawai khas Aminuddin Mohamed Yunus memberitahu, Nazaruddin jatuh sakit selepas Pilihan Raya Umum (PRU) 9 Mei lalu.
Keadaannya semakin teruk selepas Aidilfitri.
Pengerusi Jawatankuasa Seni, Kebudayaan dan Tradisi Melayu berusia 62 tahun itu tidak menghadiri acara rasmi, termasuk persidangan dewan selama empat hari baru-baru ini dan lain-lain majlis.
"Kami telah merujuknya ke hospital untuk rawatan dan doktor memberitahu bahawa dia mengalami tekanan.
"Bagaimanapun, kami juga membawanya untuk rawatan tradisional di lima tempat berbeza, dan mengejutkan apabila diberitahu bahawa dia mungkin menjadi mangsa ilmu hitam," kata Aminuddin.
Katanya, disebabkan masalah kesihatannya, Nazaruddin juga tidak dapat bertanding dalam pemilihan PKR negeri Sabtu lalu.
Nazaruddin pernah menjadi timbalan ketua bahagian Kuala Pilah.
Aminuddin berkata Nazaruddin telah melantik seorang pegawai untuk berada di pusat perkhidmatannya di Kuala Pilah yang akan beroperasi bulan depan.
"Memandangkan dia masih menjalani rawatan dan tidak dapat berkhidmat di tempatnya, kami telah melantik seorang pegawai yang bertanggungjawab," katanya, sambil menambah Nazaruddin juga dapat merasakan seperti ada orang menyihirnya.
Jelasnya, Nazaruddin jatuh sakit dan tidak dapat makan. Tetapi selera makannya bertambah baik selepas kembali dari rawatan tradisional.
Isterinya Sarimah Zaizakrani, 55, sentiasa menemani Nazaruddin ke pejabat untuk melihat keperluannya.
Pada pilihan raya umum 9 Mei, Nazaruddin mengalahkan penyandang Datuk Norhayati Omar dari Barisan Nasional dan calon PAS Ahmad Fadzil Othman dalam perebutan tiga penjuru.
Nazaruddin mencatatkan 5,643 undi berbanding 3,837 Norhayati dan 1,413 Ahmad Fadzil.

mstar.

Najib, Rosmah didoakan agar 'selamat seperti Nabi Nuh'

Betapa menebalnya kasih sayang penyokong Datuk Seri Najib Razak dan isteri Rosmah Mansor terpancar sekali lagi di mahkamah hari ini.
Walaupun jumlahnya begitu kecil tetapi mereka tetap istiqamah dan setia menunggu kemunculan pemimpin kesayangan masing-masing di mahkamah sejak pagi lagi.
Tidak cukup dengan itu mereka juga sempat meluangkan masa membacakan doa untuk keselamatan Najib sejurus sebelum beliau menaiki Proton Perdana meninggalkan kawasan Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur di Jalan Duta.
"Ya Allah, ya Tuhan kami, macam mana kau selamatkan Nabi Nuh, begitulah kau selamatkan Datuk Seri Najib dan Datin Seri Rosmah Mansor serta keluarganya di dunia sampai akhirat,” rayu seorang penyokong Najib yang mengetuai bacaan doa tersebut.
Selain Nuh, mereka turut mendoakan agar Najib dan keluarganya diselamatkan daripada kezaliman seperti menimpa Nabi Ibrahim, Nabi Musa, Nabi Isa dan Muhammad (SAW).
“Ya Allah, kau tunjukkanlah kezaliman yang mereka lakukan ini. Ini terlalu zalim, ya Allah!” kata lelaki yang mengetuai bacaan doa itu lagi, sebelum diaminkan oleh beberapa penyokong yang lain.
Setelah itu, Najib yang turut menadah tangan di pintu keretanya bersalaman pula dengan penyokong-penyokong setianya sebelum berlalu pergi meninggalkan mahkamah. 
Mk.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena