Tuesday, 23 October 2018

[Video Parlimen bertukar JADI MEDAN PERANG] Pergerakan tanah di Kampung Pawong, penduduk diarah pindah & Aduhhh teksi lagi! Enggan guna meter, lokasi terlalu dekat, penumpang direject pemandu teksi.

Rabu, 24 Oktober 2018

Image result for Gambar Pergerakan tanah di Kampung Pawong, penduduk diarah pindah

Pergerakan tanah di Kampung Pawong, penduduk diarah pindah

IPOH: Beberapa rumah di Kampung Pawong, Pos Raya di Jalan Simpang Pulai-Jalan Cameron Highlands di sini mengalami keretakan selepas dipercayai berlakunya pergerakan tanah di kampung berkenaan.
Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak berkata, pihaknya menerima maklumat kejadian kira-kira jam 3.03 petang sebelum sepasukan anggota diarahkan ke lokasi kejadian bagi memantau keadaan di kampung berkenaan.
Katanya, bomba mendapati memang benar berlaku pergerakan tanah sehingga menyebabkan beberapa rumah mengalami keretakan kecil dan pemantauan lanjut sedang dijalankan.
Menurutnya, tiada mangsa terbabit dalam kejadian itu dan pihaknya akan memaklumkan perkembangan kes itu selepas pemantauan dijalankan.
Sementara itu, Pengarah Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) Perak dan Kedah, Hairulnizam Abd Rahman, ketika dihubungi berkata pihaknya dimaklumkan mengenai kejadian itu petang tadi dan mengarahkan semua penduduk yang kediaman mereka terjejas akibat pergerakan tanah itu supaya berpindah ke lokasi yang lebih selamat.
BH Online.

Enggan Guna Meter & Beri Alasan Lokasi Terlalu Dekat, Lelaki Ini Kongsi Direject Pemandu Teksi

Nampaknya persengketaan antara pemandu teksi dan Grab sehingga kini masih belum menemui jalan penyelesaian. Baru-baru ini, Perdana Menteri sendiri telah membuat satu pertemuan dengan pemandu teksi Langkawi untuk membincangkan isu namun kekecohan berlaku.
Seorang individu di Facebook kongsi pengalaman berdepan dengan pemandu teksi yang memilih. Alasan yang diberikan lokasi terlalu dekat dan mereka enggan menggunakan meter.

Dari TBS mahu ke Bandar Sri Permaisuri

Saya pulang dari Manila, Filipina 2 bulan lepas. Daripada KLIA saya menaiki ERL dan berhenti di stesen TBS. Di situ beratur teksi dekat 20 buah menunggu penumpang berhampiran stesen ERL.
Apabila saya berjalan melewati mereka, salah seorang pemandu bertanya, adik nak ke mana?
Saya memberitahu saya nak ke Bandar Sri Permaisuri.
Dekat sangat lah Dik, jawabnya ringkas.
Beliau tidak mahu menerima saya sebagai penumpang mungkin kerana jarak dari BTS ke situ hanya 15 min. Saya cuba bertanya kepada pemandu teksi seterusnya. Namun, semuanya menolak.
Salah seorang abang tu berkata, kalau ke Puchong atau Kepong, boleh lah. Nampaknya beliau sedang menunggu ‘lubuk emas’ seterusnya.
Dalam kepala saya waktu itu, boleh kah pemandu teksi memilih milih penumpang? Dulu tak boleh, sekarang sudah boleh?
Pakcik di sebelah hujung, bersetuju mengambil saya sebagai penumpang sambil bertanya, ‘berapa adik boleh bayar?’
Saya jawab, ‘pakcik, kita bayar ikut meter lah.’

‘Kalau RM40 bolehlah’

Pakcik tu tak setuju. Dia kata dia dah tunggu lama. ‘Kalau RM 40, boleh lah’, pakcik tersebut tawar menawar.
Dalam hati saya berkata, dah tolak semua penumpang, macamana tak tunggu lama. Takkan nak tunggu ‘ lubuk emas’ baru nak hantar penumpang. Punya lah banyak teksi menunggu di sini.
Saya membalas tawaran tersebut, ‘RM 15 boleh lah pakcik.’ Pakcik menggeleng geleng. Tak mahu. Sekali lagi alasan yang sama, lama sudah menunggu, tak berbaloi katanya lagi.
Kelihatan sekumpulan pembawa teksi Melayu sedang berborak borak menunggu pelanggan di atas kerusi sambil menghisap rokok dan berbual kosong di hujung jalan.
Semuanya tidak mahu menggunakan meter. Saya tanya kesemuanya, namun jawapan sama. Semua tidak mahu hantar kerana terlalu dekat. Rantaian teksi sebegini sangat panjang. Bagi saya, ia satu pembaziran masa.
Lenguh juga saya berjalan ke jalan besar.
Akhirnya, saya ternampak seorang pemandu teksi cina. Saya beritahu destinasi saya, tanpa banyak soal, beliau membuka meter dan saya pun masuk ke dalam teksi tersebut dan pulang.
Mujur telefon bimbit saya habis bateri. Jika tidak sudah lama saya call Grab.
OHBULAN

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena