Friday, 26 October 2018

[Video Saudi Foreign Minister meets Dr Mahathir] Darjah Kebesaran N.Sembilan Puan Puti Reno Rosmah ditarik balik! Tak pa Najib, ADA PINGAT 9 lagi & Rosmah pula, masih ada 6 negeri...Itu pingat, PERTUDUHANnya pulak Najib 32, Rosmah 17 & Najib 'gagal kawal perasaan' layan soalan Al Jazeera.

Jumaat, 26 Oktober 2018
Foto Suara Rakyat.

ISTERI Perdana Menteri ke-6, Datin Seri Rosmah Mansor, dipakaikan selendang adat oleh Bonda Kandung sempena Pemberian Gelaran Kehormatan yang membawa gelaran Puan Puti Reno pada Jamuan Adat Melewakan Gelar Kehormatan di Istana Adityawarman sempena lawatan rasmi tiga hari ke Padang Sumatera Barat, hari ini. - Foto BERNAMA

Rosmah dianugerah darjah tertinggi suku Minangkabau

PADANG, Indonesia: Kesungguhan isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor memartabatkan suku Minangkabau mendapat pengiktirafan apabila beliau dianugerah darjah tertinggi wanita suku itu.
Rosmah menerima 'Darjah Kebesaran Kerabat Yang DiPertuan Gadih Minang' yang membawa gelaran Puan Puti Reno, membawa maksud puteri tertinggi dalam kerabat Minangkabau.
Terdahulu, wakil Lembaga Adat Minangkabau Padang berkata, anugerah itu dikurniakan kepada Rosmah kerana kebaikan dan kesungguhan beliau memartabatkan budaya Minangkabau di Malaysia.
- BERNAMA Rabu, 27 Ogos 2014

Istana Besar Seri Menanti tarik balik darjah kebesaran Najib dan Rosmah

SEREMBAN: Istana Besar Seri Menanti menarik semula pengurniaan darjah kebesaran kepada bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor berkuat kuasa serta-merta.…
TMI
Foto Suara Rakyat.
Belum didapati bersalah dah kena tarik pingat...
Apa maknanya tu..?
Krikk.. Krikk.. Krikk.
BAKAL MENYUSUL tarik balik pingat...
- Najib, ADA PINGAT LAGI dari 9 negeri: Pahang, Perak, Selangor, Melaka, Kedah, Pulau Pinang, Perlis, Sabah dan Sarawak.

- Rosmah, ADA PINGAT LAGI dari 6 negeri: Pahang, Selangor, Melaka, Kedah, Sabah dan Sarawak.
Image may contain: text

Najib 'gagal kawal perasaan' layan soalan Al Jazeera

Datuk Seri Najib Razak beberapa kali dilihat gagal mengawal perasaannya ketika diwawancara Al Jazeera untuk program 101 East hari ini, kata organisasi media itu.
Menurut Al Jazeera, dalam sesi soal jawab selama sejam itu bekas perdana menteri ditanya berkenaan isu-isu yang dikaitkan dengan dirinya, daripada isu "berlian merah jambu" kepada "derma RM2.6 bilion".
Al Jazeera berkata Najib beberapa kali gagal bertenang dan soalan tentang berlian merah jambu menyebabkannya "kelihatan begitu jengkel".
Wawancara itu dikendalikan Mary Ann Jolley, yang pernah diusir daripada Malaysia oleh pentadbiran BN pada 2015 ketika membuat liputan kes pembunuhan Altantuya Shariibuu.
Ketika Jolley membangkitkan perkara itu, Najib berkata beliau tidak menyesal berbuat demikian.
"Baguslah kami usir anda. Anda hanya menyibuk.
"Di negara ini kami tiada toleransi terhadap (tindakan) mereka-reka penipuan," katanya.
Jolley menerbitkan dokumentari bertajuk Murder in Malaysia yang cuba menjelaskan banyak persoalan yang tak terjawab seputar pembunuhan Altantuya.
Dokumentari selama 30 minit itu antara lain mendakwa Sirul Azhar Umar - salah seorang bekas komando polis yang disabitkan bersalah membunuh warga Mongolia itu pada 2006 - pernah cuba mengugut Najib.
Wawancara 101 East bersama Najib dijadual disiarkan pada pukul 11.30 pagi esok (27 Oktober), diikuti siaran ulangan pada Isnin dan Selasa.
Rancangan itu juga boleh ditonton secara atas talian selepas ia disiarkan buat kali pertama esok.
Mk.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena