Friday 26 October 2018

[Video Ho, hoo, MENYIRAP darah Lokman Adam, Rosmah tiga beranak disiasat] Lim Kit siang: Kamu semua kalah! Kah, kah LAWAK sungguh..Kit Siang dakwa Dr M tewaskan Najib, Zahid, Shafee & So far 3 charged. Who's next?

Jumaat, 26 Oktober 2018

Kamu semua kalah! Kit Siang dakwa Dr M tewaskan Najib, Zahid, Shafee

Lim Kit Siang hari ini menuduh bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak, bekas timbalannya, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan peguam, Tan Sri Mohd Shafee Abdullah cuba menggunakan taktik psikologi.
Bagaimanapun, pemimpin veteran DAP itu berkata Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berjaya mengalahkan mereka apabila beliau mendedahkan bahawa lebih ramai pemimpin BN akan diheret ke mahkamah.
"Ada tiga perang psikologi, yang telah ditakrifkan sebagai taktik yang digunakan untuk memanipulasi atau menakut-nakutkan, yang tidak menjadi semalam," katanya dalam satu kenyataan, petang ini.
Yang pertama, katanya, adalah ketika Zahid, yang juga presiden Umno, muncul di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur untuk memberi sokongan moral kepada Najib, yang dilempar dengan enam pertuduhan tambahan, menjadikan jumlah tuduhan terhadapnya kepada 38.
Zahid kemudian menciap gambar kedua-dua mereka duduk bersama dan berkata bahawa “tekanan bertubi-tubi kepada kami berdua tidak akan mematahkan semangat perjuangan” mereka.
Lim menulis bahawa Zahid juga beranggapan tindakan ‘overkilled’ ke atas Najib dan beliau akan menguntungkan tertuduh.
Minggu lalu, Zahid didakwa dengan 45 tuduhan pengubahan wang haram, pecah amanah jenayah dan menerima suapan semasa menjadi menteri dalam negeri.
Bekas timbalan perdana menteri itu, yang mohon dibicarakan kemudian dibebaskan dengan ikat jamin pada RM2 juta.
Percubaan perang psikologi kedua, menurut Lim, datang daripada Shafee ketika beliau meremehkan tuduhan baru terhadap Najib sebagai "bodoh" dan mendakwa bahawa pasukan pembelaan kes itu akan “bersenang-senang” manakala pendakwaan pula akan berdepan “mimpi ngeri”.
"Yang ketiga adalah dakwaan Najib bahawa dia didakwa secara tidak adil dalam enam pertuduhan baru itu kerana keputusannya adalah demi menyelamatkan Malaysia daripada ingkar hutang.,” katanya.
Mk.
So far 3 charged.
Who's next?

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena