Monday, 22 October 2018

[Video Shahidan ‘berbulu’, Bekas PAC yang KELIRU & MP Umno 'perkauman'?] Najib bakal berdepan empat lagi pertuduhan.

Selasa, 23 Oktober 2018

Tumpang sekole.
Foto Suara Rakyat.
TAHUKAH ANDA.. Bekas pengerusi PAC Datuk Hasan Arifin telah mengaku padam perkataan (berkait dgn Jho Low) dalam laporan 1MDB.

Disebabkan beliau telah buat laporan tidak sepenuhnya/ berat sebelah laporan 1MDB yang lalu dan beliau akan disiasat tidak lama lagi, tiba2 nak suruh bubar Parlimen?

Dah tak larat jadi pembangkang lah tu... takut tak sempat nak tutup kebobrokan dia yg telah dilakukan utk nak selamatkan Najib, Jho Low serta kuncu2 yg lain terpalit dalam siasatan 1MDB terdahulu.

Mandat rakyat 5 tahun.. Bak kata Zahid, "Kalau dah tak suka dgn sistem politik negara slps pilihanraya ini, SILA KELUAR DARI MALAYSIA !!!

Najib bakal berdepan empat lagi pertuduhan

Bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak dijangka berdepan lebih banyak pertuduhan berkaitan dengan skandal 1Malaysia Development Bhd (1MDB), minggu ini.
Menurut laporan akhbar, The New Straits Times yang metik sumber, beliau dijangka menjawab sekurang-kurangnya empat lagi pertuduhan, kali ini mengenai urusan 1MDB dengan International Petroleum Investment Co (IPIC).
Adalah difahamkan bahawa pendakwa akan menuduh Najib sebagai bertanggungjawab terhadap peranannya dalam penyelesaian hutang tahun lalu antara 1MDB dan firma pelaburan Abu Dhabi itu.
Najib adalah pengerusi lembaga penasihat 1MDB sehingga ia dibubarkan pada Mei 2016, apabila kementerian kewangan mengambil alih baki asetnya.
Beliau dijangka menghadapi pertuduhan yang berkaitan dengan pecah amanah jenayah.
Menurut sumber, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), dalam siasatannya, sedang meneliti bagaimana kerajaan BN sebelum ini menyelesaikan hutang menggunakan wang negara dan siapa yang memberi kebenaran itu - yang didakwa "tanpa kelulusan kabinet ".
Mk.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena