Friday 9 November 2018

[Video 1MDB-IPIC Anak Muda sokong Peguam Negara] Rakyat terpaksa tanggung HUTANG 1MDB-IPIC sehingga 2039! Farid Kamil marah Lokman: Dah tua pun bodoh.

Jumaat, 9 November 2018

Farid Kamil marah Lokman: Dah tua pun bodoh

Pelakon Farid Kamil Zahari langsung tidak terkesan dengan laporan polis yang dibuat ke atasnya oleh penyokong anggota Majlis Tertinggi Umno Lokman Noor Adam semalam.
Malah Farid mempunyai kata-kata keras buat Lokman.
Dihubungi Malaysiakini Farid berkata disebabkan dakwaan yang dibuatnya baru-baru ini berkaitan isu rasuah, Lokman sepatutnya membuat laporan kepada SPRM.
Bagaimanapun kata Farid Lokman mengadu kepada polis.
"Sepatutnya dia buat aduan kepada SPRM, biar depa (mereka) buat kerja, buat apa PDRM?
"Dah tua pun bodoh,” katanya kepada Malaysiakini malam tadi.
Semalam Lokman yang kini begitu menonjol sebagai watak yang membela Umno dan Najib Razak membuat laporan kepada polis ekoran dakwaan Farid terhadap amalan rasuah melibatkan kerajaan BN sebelum ini.
Sedia bagi keterangan 
Laporan tersebut dibuat di Balai Polis Kota Damansara, Petaling Jaya kira-kira jam 6 petang semalam.
Melalui laporan dibuat bagi pihak Lokman itu pengadu berkata Farid sengaja melempar fitnah bahawa dia cuba dirasuah sebanyak RM5 juta bagi pihak Najib dan isterinya, Rosmah Mansor.
Laporan itu juga menyebut, Farid membuat kenyataan berkenaan semasa sesi wawancara yang bersiaran secara langsung melalui sebuah program televisyen dan dipetik sebuah saluran YouTube.
Pengadu membuat laporan kerana mengesyaki pelakon Tombiruo: Penunggu Rimba itu menipu apabila gagal melaporkan cubaan merasuah tersebut pada 6 bulan lalu, selain mendedahkan nama individu yang terbabit.
Untuk rekod, ketika dihubungi hari ini, Lokman telah mengesahkan bahawa laporan telah dibuat bagi pihaknya dan akan hadir ke balai polis sekiranya diminta untuk memberi keterangan berhubung perkara tersebut.
Sementara itu, menjawab tuduhan yang mengaitkan Farid sebagai penipu, suami aktres Diana Danielle itu berkata, dia mempunyai bukti kukuh bagi menyokong dakwaannya sebelum ini.
“Gambar pemberi rasuah dan lokasi di Mandarin Oriental semua ada,” katanya.
Namun, Farid menjelaskan dia masih belum mengetahui alasan sebenar didatangi individu bergelar Datuk Seri itu.
“Datuk Seri yang jumpa saya kata dia bekerja dengan Najib dan Rosmah, dan nak bagi duit RM5 juta, katanya buatlah apa nak buat, janji saya maafkan mereka berdua.
“Timbul keraguan, persoalan: kenapa berhajat besar sampai bawa duit RM5 juta supaya maafkan Najib dan Rosmah?
“Kejadian itu buat saya fikir ni salah satu petanda tak baik bakal berlaku dalam hidup saya,” katanya.
Farid pada masa sama turut mendedahkan terdapat beberapa orang artis yang memang “disenyapkan dengan wang.”
Katanya ada yang menerima sejumlah wang dalam plastik sebesar kotak tisu setiap seorang, agar tidak berpaling daripada kerajaan ketika itu.
“Itu sogokan tak berbaloi kerana tiada hasil kerja dilakukan, SPRM kena siasat perkara ni,” katanya.
Sementara itu memetik Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, SAC Fadzil Ahmat, BHmelaporkan polis Selangor bakal memanggil Farid tidak lama lagi bagi mendapatkan keterangannya berhubung isu berkenaan.
Katanya siasatan dijalankan mengikut Seksyen 500 Kanun Keseksaan kerana melakukan tohmahan atau fitnah.
Mk.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena