Wednesday 7 November 2018

[Video Baru 5 Bulan Kalah - Umno dah Macam Ikan Tak Dapat Air] Sumber Gelap-Setelah 40 MPs penyamun, kini 'GENG Ke-2' pula akan memusnahkan 'mission impossible' Umno untuk mengekang Dr Mahathir menjadi PM 2 tahun! Selepas 97 kes jual tanah, kini 176 projek pula terpaksa diselesaikan.

Rabu, 7 November 2018
Sumber Gelap 
Image result for ada katak nak lompat parti lagi
Parti Bersatu dijangka akan menerima sekurang-kurang tiga orang ahli parlimen Umno dalam masa terdekat. Mereka terlibat termasuk bekas menteri kabinet di era Najib Razak. Mereka itu akan menjadi “geng” kedua yang meninggalkan Umno selepas beberapa orang ahli parlimen termasuk Mustapa Mohamed yang sudah pun menyerahkan borang menjadi ahli Bersatu. 

Difahamkan selain tiga orang wakil rakyat itu ada terdapat dua hingga lima orang lagi yang akan berbuat demikian. Mereka yang meninggalkan Umno tidak dikaitkan dengan apa-apa tawaran atau imbuhan oleh Bersatu tetapi atas persetujuan sendiri. 

Tindakan wakil rakyat itu katanya turut memusnahkan misi, “mission impossible” yang diaturkan oleh Umno yang bertindak untuk mengekang Dr Mahathir menjadi PM sehingga sekurang-kurangnya dua tahun. Tunggu perkembangan lanjut. - MSO

Selepas 97 kes jual tanah, kini 176 projek pula terpaksa diselesaikan

Selepas 97 kes jual tanah, kini 176 projek pula terpaksa diselesaikan
Khalid bersama KSU dan Datuk Bandar KL dalam sidang media hari ini.
Selepas selesai 97 transaksi jualan tanah milik Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) yang menjadi isu, kini Menteri Wilayah Persekutuan, Khalid Samad terpaksa berdepan dengan 176 projek yang terhenti kerana bertentangan dengan Pelan Tempatan Kuala Lumpur 2020.
Dalam sidang medianya hari ini, Khalid berkata, kesemua projek itu kini dibincangkan oleh Pusat Sehenti Setempat (OSC) yang dipengerusikan sendiri oleh beliau.
“Kita dah selesaikan 102 projek dan ada 74 projek lebih lagi untuk kami selesaikan,” kata Khalid.
Menurut Khalid, kesemua projek itu terpaksa dikaji satu persatu kerana setiap satunya mempunyai masalah tersendiri.
“Ada beberapa projek yang terpaksa kami tolak walaupun dibenarkan sebelum ini dan bayar balik harga tanah kepada pemaju kerana pembangunan itu tidak sesuai,” kata Khalid.
Dalam sidang media yang sama Khalid juga memaklumkan beliau akan menyelesaikan kes kesemua projek ini secepat mungkin bagi memastikan pembangunan tidak terhenti.
“Kita memang pro pembangunan dan cuba sebaik mungkin,” kata Khalid.
MD.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena