Monday 12 November 2018

[Video Cara tut pokok ketum & Cadangan haram penanaman ketum dibawa ke kabinet untuk diputuskan] Maszlee, Rina Harun bakal digugurkan?

Isnin, 12 November 2018

Maszlee, Rina Harun bakal digugurkan?

xMGF26102018_PC-PPBM_09-681x454
KUALA LUMPUR – Desas desus akan berlaku rombakan Kabinet Pakatan Harapan (PH) tidak lama lagi bagi melicinkan pentabdiran kerajaan di bawah pimpinan Tun Dr Mahathir Mohamad.
Nama-nama yang disebut terlibat dalam rombakan tersebut adalah Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik dan Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Seri Rina Harun.
Ini kerana, menurut laporan beberapa blog dan akhbar,  prestasi kedua-dua menteri daripada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) yang diterajui Dr Mahathir itu tidak memuaskan.
“Beliau mahu melakukan perubahan segera sebelum keadaan menjadi tidak terkawal.
“Kuota parti Bersatu ini bakal diganti oleh Ahli Parlimen Jeli, Datuk Seri Mustapa Mohamed dan Ahli Parlimen Sri Gading, Datuk Dr Shahruddin bin Md Salleh.
“Pada masa ini Dr Shahruddin merupakan Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan,” tulis sebuah blog.
Mustapa atau lebih dikenali sebagai Tok Pa itu menyertai PPBM pada 26 Oktober lalu, selepas keluar daripada UMNO pada 18 September lalu.
Bekas Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri itu berkata, keputusannya untuk menjadi ahli PPBM dibuat setelah melakukan penelitian selama beberapa minggu sebagai Ahli Parlimen bebas dan perkembangan politik semasa.
Pada 21 Mei lalu, Dr Mahahtir berkata mana-mana menteri atau timbalan menteri yang tidak menunjukkan prestasi kerja yang memuaskan boleh digugurkan dan digantikan dengan ahli Parlimen lain yang lebih layak. -MalaysiaGazette

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena