Monday 12 November 2018

[Video Muhyiddin ulas Ali Tinju nak masuk BERSATU] Puteri Umno pon dah 'convert' jadi muslimah Pas! Pemuda TONGGENG Umno ni bila lagi nak isi borang jadi walaun? Muhyiddin nasihat Maszlee segera lepas jawatan presiden UIAM.

Isnin, 12 November 2018
Foto Suara Rakyat.
Puteri Umno pon dah 'convert' jadi muslimah PAS. Bila dah masuk PAS aktiviti memfitnah beliau terus berleluasa sehingga disaman fitnah oleh menteri wilayah persekutuan.
Pemuda tonggeng UMNO bila nak isi borang PAS jadi walaun 

Foto Suara Rakyat.

Muhyiddin nasihat Maszlee segera lepas jawatan presiden UIAM

Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik dinasihatkan supaya melepaskan jawatan Presiden Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) dengan segera, kata Presiden Bersatu, Muhyiddin Yassin.
Muhyiddin, yang juga menteri dalam negeri, berkata kerajaan dan parti telah membuat keputusan tersebut namun anggota parlimen Simpang Renggam itu meminta sedikit masa untuk berbuat demikian.
"Ini keputusan kerajaan dan juga parti, dan beliau tahu dan terima keputusan tersebut...atas sebab itu saya suka menasihatkan beliau untuk berbuat demikian secepat yang mungkin," katanya mengulas kedudukan Maszlee sebagai presiden UIAM yang dipersoalkan kelayakannya kerana memegang portfolio sebagai menteri Kabinet.
Muhyiddin berkata demikian pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Bertindak Penguatkuasaan Undang-Undang (JPU) di Putrajaya hari ini yang turut dihadiri Menteri Pengangkutan, Anthony Loke.
Sebelum ini, media memetik kenyataan pegawai khas Maszlee bahawa Maszlee akan melepaskan jawatan tersebut selepas menyelesaikan beberapa isu termasuk mencari pengganti.
Ganti Rais Yatim
Maszlee dilantik sebagai presiden UIAM ketujuh selama tiga tahun pada September lepas setelah diperkenankan oleh Ketua Perlembagaan UIAM, Sultan Ahmad Shah. Beliau menggantikan Dr Rais Yatim yang tamat kontrak pada Julai lepas.
Berhubung hasrat Mohd Ali Baharom atau lebih dikenali sebagai Ali Tinju untuk menyertai Bersatu, Muhyiddin berkata parti itu mempunyai prinsip dan hanya menerima individu yang tidak memiliki rekod buruk.
"Orang kenal dia (Ali Tinju) bukan atas cerita yang bagus ...tak kan orang macam itu kita nak terima masuk," katanya.
Ditanya berkenaan sokongan terbuka wakil rakyat DAP terhadap Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD), Muhyiddin berkata beliau tiada masalah mengenainya kerana keputusan akhir meratifikasi ICERD terletak kepada kerajaan.
"Kita tidak membataskan sesiapa daripada mengemukakan pandangan kerana pada akhirnya kerajaan yang akan membuat keputusan dan kami bertanggungjawab memutuskan yang terbaik untuk negara," katanya.
- Bernama
Mk.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena