Monday 12 November 2018

[Video Rosmah bakal berdepan tuduhan baharu melibatkan Sarawak Solar Hybrid Project minggu ini] Setakat ini kem Azmin membolot semua jawatan utama PKR & Adakah Azmin 'Bakal PM ke-8'? Ada aku kisah...

Isnin, 12 November 2018
Asal aku jadi PM ada aku kisah...
Image may contain: 1 person, standing
Bakal PM ke-8? 
Tumpang sekole.
Anwar sendiri tahu perkembangan ini (anaknya di kem Rafizi) dan jika ia berlaku maka Rafizi akan menggantikan Azmin d itempat nombor dua tertinggi PKR. Anwar melihat Azmin dan kemnya semakin "liar" malah ada yang meramalkan Azmin dan bukannya Anwar yang akan ganti Tun Dr Mahathir sebagai PM, lalu jika Azmin tewas maka Anwarlah yang paling gembira. 

Anwar tahu ahli-ahlinya di akar umbi berantakan lantaran proses pemilihan ini dan PKR bakal terkesan jika Azmin tewas tapi Anwar sedikit pun tidak goyang. 

Asal takhta PM dalam genggamannya dan siapa sahaja yang menghalang ditewaskan, jadilah apa pun Anwar tidak kisah. 

Musuh PKR adalah PAS dan Umno tapi dalam hatinya semua tahu senarainya termasuklah Azmin dan suku sakatnya. -  Roslan SMS, Harakahdaily / Tumpang sekole.

Rakit Azmin bolot kepimpinan baharu PKR?

Setakat ini kem Mohamed Azmin membolot semua jawatan utama PKR
Setakat ini kem Mohamed Azmin membolot semua jawatan utama PKR
KUALA LUMPUR – Keputusan akhir tidak rasmi yang dikeluarkan Jawatankuasa Pemilihan Parti (JPP) PKR hari ini, menunjukkan Datuk Seri Mohamed Azmin Ali mendahulu pencabarnya, Rafizi Ramli dengan majoriti 3,956 undi.
Menteri Hal Ehwal Ekonomi itu mendapat 70,550 undi, manakala Rafizi yang merupakan bekas Ahli Parlimen Pandan mengumpul 66,594 undi.
Jawatan Ketua Wanita PKR pula didahului Haniza Talha yang mengumpul 29,111 undi, manakala lawannya, Fuziah Salleh mendapat 25,504 undi.
Bagi perebutan jawatan Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Pusat pula, Dr Afif Bahardin mengumpul 16,672 undi, diikuti dua pencabarnya, Akmal Nasir (16,358 undi) dan Najwan Hilmi (3,309 undi)
Bagaimanapun, JPP@Pemilihan PKR menerusi status yang dimuatnaik dalam akaun Twitternya menyatakan, keputusan rasmi akan diumumkan selepas proses pengiraan undi di semua negeri selesai.
“Harap bersabar. Kita akan umumkan keputusan rasmi setelah semua undi diambil kira. Tidak elok sebarang tuduhan dilemparkan secara sembarangan kepada jawatankuasa ini,” menurut status itu.
Berdasarkan keputusan itu, rakit Mohamed Azmin menguasai keseluruhan barisan kepimpinan PKR bagi penggal ini. – MalaysiaGazette

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena