Monday 12 November 2018

[Video GOLDMAN SACHS, mana mau lari?] Apa peranan Rosmah dalam Projek Hibrid Solar? Akhirnya, Maszlee sahkan akan lepas jawatan presiden UIAM

Isnin, 12 November 2018
Foto Suara Rakyat.
TU DIA !!.. Kali ini Rosmah dipercayai akan dikaitkan dengan projek hibrid solar untuk sekolah di kawasan luar bandar di Sarawak yg melibatkan dana sebanyak RM1.25 bilion.

Pihak yang dekat dengan siasatan bagaimanapun enggan mendedahkan peranan Rosmah dalam projek terbabit dan butiran tuduhan yang akan dikenakan ke atasnya.


Akhirnya, Maszlee sahkan akan lepas jawatan presiden UIAM

Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik hari ini mengumumkan bahawa beliau akan melepaskan jawatan sebagai presiden Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM).
Dalam kenyataan di Twitter, Maszlee berkata, beliau akan melepaskan jawatan itu selepas proses pelantikan penggantinya yang menurutnya akan selesai hujung bulan ini.
"Sebenarnya saya telah pun memutuskan untuk melepaskan jawatan Presiden UIAM iaitu sebaik selepas istiadat konvokesyen UIAM berakhir dan proses pelantikan pengganti saya selesai.
"Saya percaya proses pelantikan pengganti akan selesai akhir November 2018," katanya.
Maszlee turut merujuk kenyataan Presiden Bersatu, Muhyiddin Yassin yang menasihati beliau agar segera melepaskan jawatan sebagai presiden universiti berkenaan.
"Saya menghormati keputusan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan Kabinet berhubung isu jawatan Presiden UIA.
"Pada masa yang sama, saya menghormati kenyataan YB Tan Sri Muhyiddin Yassin," katanya.
Terdahulu, pada sidang media di Putrajaya hari ini, Muhyiddin memaklumkan bahawa kerajaan dan pimpinan Bersatu telah memutuskan agar Maszlee meletakkan jawatan itu.
Namun, jelas Muhyiddin, anggota parlimen Simpang Renggam itu meminta sedikit masa untuk berbuat demikian.
Maszlee dilantik sebagai presiden UIAM ketujuh bagi tiga tahun pada September lepas setelah diperkenankan oleh Ketua Perlembagaan UIAM, Sultan Ahmad Shah.
Beliau menggantikan Dr Rais Yatim yang tamat kontrak pada Julai lepas.
Bagaimanapun, pelantikan itu mendapat kritikan pelbagai pihak termasuk daripada aktivis mahasiswa.
Saya menghormati keputusan YAB Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan Kabinet berhubung isu jawatan Presiden UIA. Pada masa yang sama, saya menghormati kenyataan YB Tan Sri Muhyiddin Yassin.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena