Tuesday 6 November 2018

[Video Ini Kes Tak Puas Hati Dengan KJ, Cybertroper kau pun tak kuat la..] Laporan: SPRM siasat bekas gabenor Bank Negara.

Rabu, 7 November 2018


Laporan: SPRM siasat bekas gabenor Bank Negara

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPSM) telah menyoal siasat bekas Gabenor Bank Negara, Tan Sri Muhammad Ibrahim, lapor portal The Star Online hari ini.
Ia berhubung isu pembelian 22.5 hektar tanah kerajaan berharga RM2 bilion oleh bank pusat berkenaan pada Jan tahun ini yang didakwa bagi menyelamatkan 1MDB.
Memetik sumber SPRM, laporan itu mengatakan pegawai-pegawai lain di bank pusat itu turut dipanggil untuk disoal siasat.
"Kami telah merekodkan keterangan beliau dan daripada ramai pegawai BNM lain. Siasatan SPRM menjurus mengenai penjualan tanah (kepada BNM).
"Mengenai isu sama ada jualan itu dilakukan dengan cara yang betul, itu bergantung kepada siasatan bank pusat sendiri," kata sumber itu.
Bank Negara sebelum ini mengatakan ia sedang menjalankan siasatan dalaman mengenai jualan tanah berkenaan dan beberapa "pegawai yang berkaitan" telah diminta bercuti sementara siasatan dilakukan.
Siasatan SPRM tidak akan mengganggu siasatan bank pusat itu, kata sumber tersebut.
"Jika BNM mahu menyiasat pegawainya sendiri, itu adalah siasatan dalamannya sendiri. Kami tidak akan campur tangan,"sumber itu dipetik sebagai berkata.
The Star Online melaporkan Muhammad disoal lebih daripada sekali. 
Pada bulan Jun tahun ini, Muhammad menawarkan diri untuk meletak jawatan selepas berkhidmat lebih dua tahun, meskipun tempoh perkhidmatannya masih berbaki tiga tahun lagi.
Beliau menafikan membantu kerajaan BN membayar balik hutang 1MDB dengan menyatakan tidak mempunyai kawalan ke atas bagaimana kerajaan berhasrat membelanjakan hasil daripada jualan plot tanah berkenaan.
BNM berkata ia memperoleh tanah itu, yang terletak bersebelahan kompleks Sasana Kijang di Kuala Lumpur bagi menempatkan semula Universiti Kewangan Islam Global dan Akademi Penyelidikan Shariah Antarabangsa untuk Kewangan Islam.
Muhammad kemudian digantikan oleh Datuk Nor Shamsiah Mohd Yunus, bekas pegawai Bank Negara yang telah menyiasat isu 1MDB pada tahun 2015.
Mk.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena