Thursday 8 November 2018

[Video Jufazli DEDAH Nazri Aziz & Musa Aman Tersilap Langkah Hingga Didakwa] Pembohongan mesti diteruskan, untuk menutup segala pembohongannya! Debat REFORMASI 20 TAHUN kamu lacurkan perjuangan selama ini...& SIAPA 'tauke' YANG AZMIN MAKSUDKAN?

Khamis, 8 November 2018
Foto Suara Rakyat.
BILA.. pendedahan derma RM2.6b masuk ke akaun peribadi Najib bermula, Najib bermati-matian menafikannya kerana jika nak menyamun buat apa masuk dana tersebut masuk ke akaun peribadinya dalam negara..
BILA.. dah terbukti mmg ada dana RM2.6b masuk ke akaun peribadi Najib, Najib kata plok tak tahu siapa yang masukkan.

KALAU TAK TAHU SIAPA YANG MASUKKAN, CAMNER PENDERMA 'PAK ARAB' TU BOLEH TAHU NO. AKAUN PERIBADI NAJIB ??!
ROSMAH yg bagi tahu ka ??!
ANAK2 NAJIB yg bagi tahu ka ??!
BILA.. dah bermula dgn berbohong putar belit, maka pembohongan mesti diteruskan bg cuba menutup segala pembohongannya..
Foto Otai BERSIH.
Otai BERSIH
Sangat tidak faham bila kononya bawa tema #Reformasi20tahun tetapi selain rekod kamu sendiri lari dari parti ketika parti susah dan hanya kembali ke parti selepas menang Selangor dengan tawaran jawatan.
Tapi kini lebih parah membawa masuk dan memberi kebenaran ribuan orang Umno kaya raya untuk bertanding dalam pemilihan PKR walaupun mereka masuk selepas Bn kalah PRU dan jelas melanggar undang undang parti yang menyatakan syarat nak bertanding perlu sekurangnya setahun sebagaianggota.
Saya ambil contoh YB Larry Sng anak billionaire Datuk Sng yang orang Borneo cukup kenal dengan 'lanunnya' .... Selepas PRU lepas bn kalah lompat masuk parti boleh tanding dan dijaja sebagai pasukan 20 tahun reformasi. Datuk Sng ni penyamun bawah sikit dari Tun Taih Mahmud...
Malah oleh kerana duit Dan kekayaan Datuk Sng terus jadi hero. Adiknya Sng Chee Eng pula ditempatkan bakal mengetuai Cabang Kapit. Sng Wei Hong, anak buahnya Cabang Lanang, Larry Sng (anaknya) Ketua Cabang Julau
Datuk Sng telah memanipulasi sistem pendaftaran PKR dengan mengambil no.daftar anggota lama yang sudah mati untuk membolehkan dia bertanding Cabang Sarikei.
Hanya kerana memberi laluan kepada orang Kaya seperti Datuk Sng yang Ada jet peribadi, PKR bakal berdepan pengharaman. Cabang Julau ratusan aduan mengenai individu yang tidak pernah daftar sebagai anggota tapi Nama Ada Dalam senarai anggota PKR. Malah lebih memeranjatkan laporan sudah dibuat oleh ADUN parti lawan kerana namanya juga Ada daftar anggota PKR walau tidak daftar. Ini beerti anak Datuk Sng, YB Larry Yang lompat masuk PKR Lepas BN tumbang mungkin menyalin daftar anggota Bn setempat untuk masuk sebagai anggota PKR secara manipulasi sistem bagi digunakan masa pemilihan seperti ini.
Itu belum lagi bagaimana orang Umno kaya di semenanjung lagi.....Atas nama konon Reformasi #20tahun kamu lacurkan perjuangan selama ini....
Mohon kewarasan Anwar Ibrahim II... Saya merayu..... Ini rumah perjuangan marhaen.... ðŸ˜¥ðŸ˜¥ðŸ˜«ðŸ˜«ðŸ˜ªðŸ˜ª
From fb : Badrul Hisham Shaharin

SIAPA YANG AZMIN MAKSUDKAN?

Berikut adalah antara kata-kata yang diucapkan oleh Azmin Ali dalam majlis makan malam yang merupakan program kempennya untuk mempertahankan jawatan Timbalan Presiden PKR di Kuching, Sarawak malam tadi.

“Kita menolak kronisme, nepotisme dan korupsi, kalau inilah semangat yang ditunjukkan oleh anggota dan pimpinan PKR Sarawak saya percaya hujung minggu ini kita akan mencipta satu lagi sejarah bahawa orang Sarawak tidak boleh dibeli oleh tauke-tauke.

“Kita tidak ada wang berjuta-juta ringgit, kita tidak ada jet peribadi, kita hanya ada semangat dan idealisme, jangan mana-mana tauke merampas perjuangan PKR Sarawak.

“Saya mahu SPRM teruskan siasatan bukan sahaja melihat kepada siapa yang terlibat tetapi siasat siapa dalangnya.

“Dalang juga harus dihadapkan ke muka pengadilan, jangan runtuhkan apa yang telah kita bina selama 20 tahun, jangan kerana kerakuskan kamu nak letakkan anak kamu, nak letak pakcik kamu nak letak bapa saudara kamu, nak letak bapa kamu, kamu hina anggota yang lama berjuang menegakkan keadilan di bumi Kenyalang.”

Siapa yang menggunakan tauke-tauke dalam pemilihan PKR?

Siapa yang ada wang berjuta dalam PKR?

Siapa yang ada jet peribadi dalam PKR?

Siapa yang rakus yang nak letakkan anak, pakcik, bapa saudara dan bapa sendiri dalam PKR?

Siapa dalang dalam pemilihan PKR, khususnya bagi perebutan jawatan Timbalan Presiden?

Siapa? Siapa? Siapa?

Kepada siapa sebenarnya Azmin tujukan kata-kata di atas? (ShahbudinHusin 08/11/2018)

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena