Thursday 8 November 2018

[Video Tun M: Mengapa Ghani Patail Tidak Dakwa Musa Aman] Passport Jho Low dari negara St Kitts And Nevis pun dah dibatalkan! Rafidah nak sertai Bersatu, tapi bukan sebab ikut 'orang bodoh'.

Khamis, 8 November 2018
Foto Suara Rakyat.
TAHUKAH ANDA.. Pentadbiran negara di kepulauan Caribbean itu memaklumkan Jho Low menjadi warga negara ekonomi St Kitts dan Nevis bawah pentadbiran (perdana menteri) Denzil Douglas pada tahun 2011, tetapi tidak pernah memasuki negara ini. Rekod imigresen menunjukkan bahawa Jho Low tidak pernah memasuki mana-mana pelabuhan di St Kitts dan Nevis.

UNTUK APA BUAT PASPORT TAPI LANGSUNG TAK PERNAH MASUK KE NEGARA TERSEBUT?

Passport Jho Low dari negara St Kitts And Nevis pun dah dibatalkan?
Berapa banyak pasport lagi yg Jho Low pegang?

Rafidah nak sertai Bersatu, tapi bukan sebab ikut 'orang bodoh'

Bekas pemimpin kanan Umno Rafidah Aziz mendedahkan beliau sudah menyatakan niatnya untuk menyertai parti Bersatu kepada Dr Mahathir Mohamad.
Bagaimanapun kata Rafidah beliau tidak mahu disamakan dengan seorang lagi bekas menteri Mustapa Mohamed yang sudah menyertai Bersatu lebih awal.
“Jangan letakkan saya dalam satu kumpulan yang sama dengan Tok Pa (Mustapa).
"Saya Rafidah Aziz. Saya putuskan apa saya nak buat. Saya tak ikut orang," katanya dipetik BH Online.
Untuk rekod Rafidah pernah menjadi ketua Wanita Umno dan menjadi sebahagian daripada kabinet Dr Mahathir selama bertahun-tahun.
Beliau dianggap menjadi satu daripada faktor yang mempengaruhi sokongan pengundi kepada Pakatan Harapan (PH) pada PRU ke-14 lalu.
Pernah digelar sebagai "wanita besi" Rafidah dikenali sebagai tokoh yang lantang bersuara menyertai kempen Mahathir dan PH namun tidak menyertai mana-mana parti dalam gabungan berkenaan.
Tak kisah orang lain
Selain Rafidah, turut membantu PH ialah bekas menteri kewangan Daim Zainuddin.
Namun kedua-dua mereka tidak lagi menjadi anggota parlimen berbanding Mustapa yang tetap dicalonkan Umno mempertahankan kerusi Jeli pada 9 Mei lalu.
Mustapa antara nama yang disebut-sebut anggota Umno untuk menggantikan Najib Razak sebagai presiden parti. Namun beliau membuat kejutan apabola meninggalkan parti terbabit pada 18 Sept.
Kurang daripada 40 hari kemudian Mustapa menyertai Bersatu.
Kata Rafidah beliau tidak peduli dengan apa yang dibuat oleh anggota atau pemimpin Umno ketika ini.
Menurut bekas anggota parlimen Kuala Kangsar itu beliau mahu menyertai Bersatu atas pilihan sendiri dan bukan mengikut sesiapa yang "bodoh".
“Saya tak kisah apa mereka nak buat, nak lompat katak atau apa saja.
"Saya bukan nak sertai Bersatu kerana ada orang bodoh nak sertainya,” katanya.
Rafidah dipetik berkata demikian selepas menghadiri simposium Institut Pentadbir dan Setiausaha Bertauliah Malaysia (MAICSA) Kuala Lumpur hari ini.
Kata Rafidah perdana menteri sekarang memang mengenalinya dan faham bagaimana beliau membuat keputusan.
Menurut Rafidah jika diumpan dengan sebarang habuan untuk menyertai Bersatu beliau akan mengambil keputusan berundur.
"Jangan cuba rasuah saya dengan apa-apa pun.
“Memancing dengan jawatan itu rasuah dan berkait dengan kronisme. [...] Saya lakukan (bantu PH) kerana negara ini perlukan perubahan.
“Saya sudah 75 tahun. Saya dah bersara. Cukup-cukuplah,” katanya.
Mk.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena