Friday 9 November 2018

[Video Jufazli DEDAH Rosmah buat 227 Transaksi Pengubahan Wang Haram ke akaun banknya] Cytro pro PH mula tarik handbrake! Mengapa cytro PH sudah mula enggan menjadi tukang jawab kerajaan PH?

Sabtu, 10 November 2018
Amanah perlu contohi cybertrooper Pas
Otai BERSIH
Inilah yg terjadi apabila cytro pro PH mula tarik handbrake dari menjawab fitnah pembangkang di sosmed. Terus terang aku ckp, 98% cytro PAS makan lunyai aje di sosmed jika bertemu dgn cytro PH. Cuma apabila serangan mereka terhadap kerajaan PH dipandang sepi oleh cytro PH, mereka akan nampak hebat. Bukan hebat kerana hujah tetapi kerana cytro PH sudah mula enggan menjadi tukang jawab kerajaan PH.
Jadi, fitnah2 yg dibawa cytro PAS sengaja kami biarkan bebas tanpa dijawab. Kami sengaja biarkan ia berlaku. Kami ingin sampaikan mesej kpd kerajaan PH. Dan ini yg sedang berlaku disaksikan kami bersama popcorn yg lazat
Amanah perlu contohi cybertrooper Pas
KUALA TERENGGANU - Pengerusi Amanah Terengganu, Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad mengakui kehebatan jentera cybertroopers Pas yang mampu membina imej hebat kerajaan Terengganu.
Menurutnya, kemampuan itu perlu dicontohi cybertrooper Amanah dalam menangkis serangan terhadap Kerajaan Persekutuan yang disifatkan berlaku hampir setiap hari.
“Setiap hari serangan terhadap kita tidak pernah surut. Ada sahaja serangan untuk merosakkan imej kerajaan.
“Malangnya, jentera kita termasuk cybertrooper tidak cukup ramai dan tidak kuat untuk menghadapi serangan itu. Kita wajar belajar daripada Pas,” katanya ketika berucap pada Konvensyen Amanah Terengganu di sini, hari ini.
Bagaimanapun, Raja Bahrin berkata, walaupun banyak program ‘kitar semula’ yang dilaksanakan Pas di negeri ini, ia tetap menggambarkan kejayaan parti itu mentadbir negeri.
“Jadi, saya harap setiap kawasan dapat bekerjasama dengan Biro Komunikasi bagi melahirkan lebih ramai ejen penerangan kita bagi menjawab pelbagai tuduhan di media sosial.
“Di Terengganu juga perlu ada lantikan khusus oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Agama) bagi mewujudkan jawatan khusus untuk tangkis dan jawab fitnah berkaitan agama,” katanya.
Sinar Harian.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena